Fabian Society: Di Sebalik Bayang – Bayang Komunis di Tanah Air Berdaulat Ini

Pendahuluan

Ketika wujud usaha mengetengahkan wacana baru yang mengkategorikan semula kelompok komunis sebagai pejuang kemerdekaan, terdapat juga kelompok yang cuba menghidupkan bibit-bibit pengaruh Fabian Society. Sebuah gerakan yang agak kurang diketengahkan dalam wacana sejarah Malaysia. Persoalannya disini, siapakah Fabian Society ini? Komunis serta kesatuannya bukanlah hanya sekadar jaringan tunggal komunis semata. Metod ketenteraan komunis yang radikal hanyalah sebahagian daripada percaturan aktor global elit pada ketika itu. Wujud juga disayap lainnya aktor seperti Fabian Society yang sangat berpengaruh dalam percaturan politik tanah air ini.

Komunis yang diasaskan oleh Karl Marx merupakan sebuah ideologi yang bersifat anti tesis kepada ideologi liberal-kapitalisme. Di mana komunisme cenderung membina sebuah masyarakat yang berada di bawah autoriti tunggal negara. Sarjana-sarjana aliran Marxist percaya instrumen pemusatan kekayaan serta metode penghasilan perlu tertumpu kepada autoriti tunggal negara, seterusnya berupaya menghapuskan pemilikan mutlak persendirian. Hal ini membolehkan negara mengagihkan kekayaan secara menyeluruh kepada semua rakyat. Namun begitu, kelompok komunis lebih menumpukan perubahan tersebut melalui metod ketenteraan dan radikal.

Siapakah Fabian Society?

Menurut Rivera (2004) Fabian Society diasaskan pada tanggal 24 Oktober 1883, di London, apabila sekumpulan 17 ahli sosialis yang kaya berkumpul untuk membincangkan mengenai ‘Fellowship of the New Life’ daripada tulisan Thomas Davidson yang bertujuan untuk memulakan satu monastic order iaitu satu aturan kehidupan yang tunduk di bawah satu ikrar keagamaan yang baru. Mereka bukanlah datang dari kelas proletar yang ditindas tetapi berasal daripada kelompok kapitalis yang kaya.

Gambar yang tertera di tingkap Fabian

Nama Fabian Society diambil daripada General Rome iaitu Quintus Fabius atau gelarannya The Cunctator (yang menangguh) yang mengamalkan doktrin perubahan secara perlahan-lahan dalam strategi perangnya. Ataupun seperti apa yang difahami oleh Bernard Shaw terhadap The doctrine of inevitability of gradualism yang disifatkan sebagai; stealth, intrigue, subversion, and the deception of never calling socialism by its right name iaitu suatu bentuk penyamaran dan helah yang tidak menunjukkan wajah sebenar sosialisme dalam pergerakannya (Stormer 1964).

H.G Wells

Pada tahun 1903, apabila H. G. Wells bergabung ke dalam Fabian Society, Wells telah mencadangkan sebuah idea yang disebut sebagai The New Republic melalui buku yang dikarangnya bertajuk The Anticipation. Tokoh-tokoh Fabian seperti Bernard Shaw, Graham Wallas dan Sidney Webb antara mereka yang mengangkat idea ini (Lodge 2011). The New Republic dihuraikan sebagai satu negara dunia atau orde dunia yang menggunakan set perundangan, piawai, bahasa, pemerintahan, struktur kenegaraan yang sama.

“…aim to establish, and it will at last, though probably only after a second century has passed, establish a world­state with a common language and a common rule. All over the world its roads, its standards, its laws, and its apparatus of control will run.” (Wells 1902)

Orde dunia ini hanya relevan ketika mana kapitalisme mula jatuh dan meningkatnya teknologi perang yang mana ahli politik dan perniagaan tidak mampu untuk mengawalnya. (Waggar 1983). Tambah Wells (1902) lagi, orde ini digerakkan oleh sebuah organisasi yang dipenuhi oleh golongan elit yang kaya raya yang mana boleh mengendahkan situasi politik atau menggunakannya ketika perlu untuk memenuhi tujuan mereka. Tambah Wells lagi, The New Republic ini merupakan sebuah pertubuhan rahsia atau open freemason yang mengawal kerajaan.

So, it is I conceive the elements of the New Republic taking shape and running together through the social mass, picking themselves out more and more clearly, from the shareholder, the parasitic speculator and the wretched multitudes of the Abyss. The New Republicans will constitute an informal and open freemasonry. In all sorts of ways, they will be influencing and controlling the apparatus of the ostensible governments, they will be pruning irresponsible property, checking speculators and controlling the abyss ward drift, but at that, at an indirect control, at any sort of fiction, the New Republic, from the very nature of its cardinal ideas, will not rest.” (Wells 1902)

Kata Wells lagi;

In its more developed phases I seem to see the New Republic as a sort of outspoken Secret Society, with which even the prominent men of the ostensible state may be openly affiliated. A vast number of men admit the need but hesitate at the means of revolution, and in this conception of a slowly growing new social order organized with open deliberation within the substance of the old, there are no doubt.” (Wells 1902)

Apa yang diinginkan tidak hanya berhenti sekadar sebuah sistem dunia tetapi turut sama menjadikan sosialime sebagai satu anutan seumpama sebuah agama. Bauer (1976) ada menyebut sosialisme pada satu fasa akan menjadi suatu jenis kepercayaan keagamaan yang menjanjikan pengampunan di muka bumi. Hal ini adalah selari dengan kenyataan oleh Henderson (1911) yang mengatakan Fabian sendiri berhasrat ingin mengadakan agama sosialisme. Kata Henderson;

In the Fabian case, making Socialism (or Fabianism) into a quasi-religious movement was a conscious objective of the Fabian leadership as shown by Shaw’s comments to the effect that the Fabians “must make a religion of Socialism” (Henderson, 1911, p. 488)

Bernard Shaw atau dikenali sebagai the big four dalam gerakan Fabian Society ini menerangkan lagi fabianisme ini menyerupai jesuit yang menggerakan idea sosialisme; “Shaw expressed his wish to make the Fabians the Jesuits of Socialism(Martin, 1966). Jesuit merupakan kelompok yahudi yang menyelinap ke dalam agama Kristian bagi membina sebuah mazhab Kristian yang baru. Terdapat bacaan yang menyatakan mereka jugalah antara kelompok yang ditentang bertahun lamanya oleh agama Kristian dalam Spanish Inquisition.

Jesuit

Hubungan Fabian Society dengan elit yahudi

Jika diperhatikan latar belakang the big four dalam Fabian Society Mereka dikelilingi oleh golongan kapitalis yang memonopoli kekayaan negara. Sidney Webb sebagai contoh telah berkahwin dengan Beatrice Webb, anak kepada Richard Potter yang merupakan seorang yang kaya raya dengan kedudukan sebagai pengerusi kepada Great Western and Grand Trunk Railways of England and Canada. Beatrice juga merupakan rakan baik kepada Rothschild dan Perdana Menteri UK pada ketika itu, Sir Arthur Balfour.

Bernard Shaw pula berkahwin dengan Charlotte, anak kepada Horace Payne Townshend yang merupakan pelabur jual beli saham yang kaya dan menjadi antara pendana Fabian Society. Shaw sendiri bekerja dengan William Waldorf Astor (yahudi daripada House of Astor) pemilik kepada Pall Mall Gazette dan Shaw merupakan rakan baik kepada anak Astor. Kerana itu ia sesuatu yang tidak pelik apabila Joseph A. Schumpeter yang merupakan guru kepada David Rockefeller di Harvard ada menulis bahawa individu yang membawa kejayaan kepada sosialisme bukanlah gerakan massa atau golongan cendekiawan tetapi adalah individu berdarah Yahudi iaitu Vanderbilt’s, Carnegies dan Rockefellers;

“The true pacemakers of socialism were not the intellectuals or agitators who preached it but the Vanderbilt’s, Carnegies and Rockefellers.” (Shcumpeter, 1942, p. 134)

Fabian Society juga telah mempelopori penubuhan London School of Economic (LSE). Sidney Webb, Beatrice Webb, Graham Wallas dan Bernard Shaw pada tahun 1895, telah mengasaskan LSE yang seterusnya menjadi sebahagian daripada University of London (Londons School of Economics n.d). Antara pendana utama kepada projek LSE ini adalah institusi yahudi ternama iaitu Rockefeller Foundation, The Carnegie United Kingdom Trust dan Mrs. Ernest Elmhirst, iaitu balu kepada Willard Straight yang merupakan rakan kongsi kepada J. P. Morgan. Mereka ini dikenali sebagai pemegang harta dan kekayaan yang besar. Bahkan, LSE pada fasa awalnya juga dikenali sebagai The Rockefeller baby seperti mana sekarang ini Council of Foreign Relation (CFR) di USA digelar (London School of Economic, 2016).

Hubungan Fabian Society dan Komunis – Marxis

Menurut Raapana (2005) penubuhan idea fabian sosialisme bertujuan mengguna pakai komunisme antarabangsa bagi mempromosi wacana perdagangan bebas yang lebih mesra. Ianya sangat berlawanan dengan kaedah revolusi Karl Marx yang radikal, ganas dan merungkai kaedah kapitalisme sedia ada. Pendekatan Fabian pula lebih cenderung untuk membaiki kaedah kapitalisme lama melalui kaedah penyusupan ke dalam institusi kerajaan dan memonopoli melalui dalam. Fabian Society turut ada bersama dengan gerakan komunis yang diasaskan oleh Karl Marx tetapi Fabian Society tidak menggunakan metod Marx dalam mencapai tujuan mereka.

Doktrin Marx pada asalnya hanya berlegar di sekitar German dan Perancis serta tidak memberi implikasi besar kepada ideologi awam di British. Anak murid Marx iaitu Henry Hyndman adalah orang pertama yang menterjemah serta mempopularkan ajaran Marx dan ahli sosialis German lain di dalam bahasa inggeris. Beliau juga antara yang bertanggungjawab menubuhkan Social Democratic Federation (SDF) pada tahun 1881 (Laidler, p186) yang kemudiannya bersama dengan Fabian Society, Independent Labour Party (ILP) dan Kesatuan Sekerja membentuk Parti Buruh.

Fabian Society juga turut sama terlibat dalam kesatuan antarabangsa komunis tetapi yang membezakan Fabian Society dan komunis-marxist di dalam International Working People Association (IWPA) dan SDF adalah ketika kelompok Marxist yang lain berbicara soal revolusi, ahli Fabian Society cenderung membina sosialisme secara bertahap melalui metod menyelinap.

Fabian Society di sebalik komunis di Malaysia

Pada tahun 1920, Komunis Antarabangsa (comitern) cuba mengalihkan strategi ke timur selepas gagal mengembangkan ideologi komunis di Eropah. Peralihan ke timur ini turut sama mengesani Tanah Melayu dengan agenda rekrutmen orang melayu dan Cina ke dalam komunis serta tragedi konfrontasi yang bertali arus dengan British dan orang Melayu. Ketika gerakan komunis sedang rancak dengan arus revolusi Fabian Society turut sama menjalankan kaedah penyusupan dan pelatihan tersendiri terhadap rakyat di Tanah Air ini.

Terdapat dua metode rekrutmen berbeza yang telah dilaksanakan iaitu kepada orang awam melalui gerakan komunis manakala elit-elit melayu melalui Fabian Society. Umum mengetahui pergerakan komunis di Tanah Melayu dengan mengguna pakai aparatus rekrutment kecil seperti “Sekolah Malam”. Ramai orang-orang Melayu kampung telah terpengaruh dan menyertai pergerakan revolusioner komunis. Tetapi ramai tidak tahu bagaimana metod menyusup gerakan Fabian Society ini dalam merekrut elit-elit Melayu?

Dalam hubungan Fabian Society dengan Tanah Melayu, terdapat empat keadaan yang berlaku secara langsung membawa idea-idea fabianisme mempengaruhi pimpinan dan polisi tanah air ini. Keadaan ini adalah melalui 1) proses pendidikan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) oleh Anthony Burgess iaitu guru yang dihantar oleh British untuk mengajar, 2) Melalui Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua sejak dari zaman mahasiswa lagi 3) Pengaruh melalui polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh James Puthuceary dan S. Rajaratnam yang merupakan antara pengasas bagi Political Action Party (PAP) di Singapura, dan 4) melalui DAP yang berada di dalam Socialist International.

Anthony Burgess

Anthony Burgess merupakan guru yang dihantar untuk mengajar di MCKK. Kebanyakan idea-idea Anthony Burgess adalah hasil inspirasi daripada idea yang diceduk daripada George Orwell. Antara tulisan George Orwell yang mempengaruhi pemikiran Burgess adalah seperti buku Nineteen Eighty-Four (1949) yang membawa ilustrasi bagaimana selepas perang dunia, negara kuasa besar atau superstate berupaya memecahbelahkan negara-negara lain menjadi beberapa rantau negara. Rakan karib Orwell, iaitu Aldous Huxley merupakan individu yang telah memperkenalkan Orwell kepada Fabian Society. Ramai dari anak murid Burgess merupakan orang ternama di rantau Asia Tenggara ini. Seperti apa yang dipetik daripada laman sesawang yang diabadikan untuk memperingati Burgess ada menyenaraikan beberapa nama murid di bawah seliaan Burgess.

Some of the special students are, in fact, luminaries of the region. Ishak is the name of Singapore’s first President while Sir Thomas Shenton Whitelegge Thomas was the last British governor of the Straits Settlements. Mustapha bin Harun was the first governor of the Malaysian state of Sabah. Haji Mokhtar was a Sufi mystic who issued a fatwa against the Malayan Communists during Japanese occupation in World War II. Balwant Singh is a Sikh name common in Malaysia among Indian immigrants, just as Poh Gaik is a common name among ethnic Chinese Malays. Even Spottiswoode is a park adjoining Singapore’s railway station.” (Mr Burgess›s ‹Special Students›, n.d.)

Tun Abdul Razak

Terdapat juga perdana menteri Melayu yang juga turut terlibat dengan Fabian Society dan Labour Party di UK. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah Tun Abdul Razak sendiri, iaitu Perdana Menteri ke-2 Malaysia. Menurut Khoo (2012);

“Perhaps it was not so startling. Tun Abdul Razak, usually regarded as the architect of the NEP, was a member of the Labour Party and the Fabian Society when he was a law student in England. Moreover, what became the NEP was formulated with ideas from former leftists exiled from Singapore, including James Puthucheary and Abdullah Majid. Mahathir, who lost his parliamentary seat in the general election of 1969, wrote of restructuring as a ‘revolution’that was necessary, but necessarily had to be left to those who knew how to manage it.” (Khoo, 2012, p. 265)

Tunku Abdul Rahman juga ketika menyambung pelajaran yang tidak selesai di London, telah bertemu dengan Tun Razak dan dilatih kaedah-kaedah berkempen politik oleh Parti Buruh pada ketika itu.

“In 1947 he (referred to Tun Razak) went to England to study law at Lincoln’s Inn, and passed his examinations in eighteen months instead of the usual three years. It was then that he helped the Tunku (referred to Tunku Abdul Rahman) pass his examinations and teamed up with him in the revived Malay Society, which determined to avoid the bloodshed of communal riots like those they observed at India’s independence. Razak also joined the Fabian Society and was strongly influenced by democratic socialism and state planning.” (Gould, 1969)

Ketika proses menuntut kemerdekaan, Parti buruh turut sama mendanai perbelanjaan Tunku ke London di samping propaganda Tunku yang meminta orang-orang kampung untuk menyumbang untuk perjalanan beliau. Dalam masa yang sama tidak pelik apabila wujud ura-ura bahawa dasar ekonomi baru (DEB) yang terasnya merupakan dasar advokasi orang Melayu juga adalah dari idea-idea daripada tokoh komunis berhaluan kiri yang turut beriman dengan fahaman fabian sosialisme ini.

Pada tahun 2015, Zainuddin Maidin pernah cuba untuk menggesa pengiktirafan yang sewajarnya kepada Puthucheary dan Abdullah Majid yang dikatakan perlu diangkat dan dinobatkan sebagai negarawan yang telah membela nasib orang Melayu. Kata beliau tidak ramai yang mengetahui seorang komunis (merujuk kepada James Puthucheary) memberikan sumbangan besar kepada penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereformasi dasar ekonomi negara dengan drastik, radikal dan berani yang bertentangan dengan ideologi pasaran bebas membenarkan campur tangan kerajaan bagi membetulkan ketidakseimbangan ekonomi negara.

Penutup

Apa yang ditulis dalam artikel ringkas ini hanyalah sisipan ringkas yang mendedahkan kelompok Fabian Society yang dibuat di tanah air ini. Di saat orang Melayu merasakan negara ini telah merdeka, wujud penyusupan halus yang dibuat secara tidak sedar oleh aktor penjajah yang sama. Mereka tidak akan secara mudah melepaskan sumber-sumber alam dan manusia yang telah selama beratus tahun di bawah pengaruh mereka.

Apabila wujud ura-ura ingin mengiktiraf komunis sebagai pejuang negara, terdapat juga usaha-usaha halus kelompok yang ingin menghidupkan semula ruh Fabian Society ini. Hal ini merupakan kegusaran besar dalam diri bangsa ini. Tanpa memahami sejarah ini ramai yang akan secara tidak sedar dicaturkan semahunya oleh aktor-aktor penjajah. Kerana usaha yang dilakukan oleh penganut fahaman fabian dan metod radikal komunisme berasal dari benak penjajah yang sama, berbeza metodnya sahaja tetapi mempunyai tujuan khusus yang tersendiri.

Oleh:
Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS Institute

Rujukan

Bauer, P. T. (1976). DIssent on Development.Henderson

Khoo, B. T. (2012). Policy Regimes and the political economy of poverty reduction in Malaysia.

Lodge, D. (2011). Man of Parts: A Novel.

Martin, R. L. (1966). Fabian Freeway: High Road To Socialism in The USA.

Raapana, N. (2005) British Revisionism and The Fabian Society

Rivera, D. A. (2004). Final Warning: A History of The New World Order.

Shcumpeter, J. A. (1942). Capitalism, Socialism, and Democracy.

Stormer, J. (1964). None Dare Call It Treason.

Waggar, W. W. (1983). H.G. Wells and the Genesis of Future Studies

Wells, H. G. (1902). Anticipations of the Reaction of Mechanical and Scientific Progress Upon Human Life and Thought.

Fabian Society. (n.d.). The Fabian Story. Retrieved from Fabian Society: http://www.fabians.org.uk/tag/history/

London School Of Economic. (2016, February 29). A history of philanthropic support at LSE. Retrieved from London School Of Economic: http://www.lse.ac.uk/intranet/LSEServices/Advancement/AboutUs/History.aspx

Maidin, Z. (2015). Zamkata.blogspot. Didapatkan dari Sumbangan besar seorang komunis yang tak dihargai: http://zamkata.blogspot.my/2015/08/sumbangan-besarseorang-komunis-yang.html

Mr Burgess›s ‹Special Students›. (t.t). Didapatkan dari The International Anthony Burgess Foundation: http://www.anthonyburgess.org/?mediablog=mr-burgesssspecial-Students

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BUKTI BANGSA MELAYU SEBAGAI PENDUDUK ASAL TANAH MELAYU

Next Post

ECRL Batal, Apa Episod Seterusnya?

Related Posts
Skip to content