Adakah projek OBOR (One Belt One Road) akan menggadaikan negara?

Perjanjian demi perjanjian termeterai antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China atas inisiatif OBOR (One Belt One Road).

Di Malaysia projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif OBOR setakat ini adalah seperti berikut.

1) Malacca Gateway (RM40bil).

2) Edra Global Energy Bhd (US$2.3bil or RM9.2bil).

3) Sebanyak US$1.7bil (RM6.8bil) pelaburan di  Bandar Malaysia.

4) Ibu pejabat regional CREC China US$2bil (RM8bil) di Bandar Malaysia.

5) Projek perlabuhan Kuantan  (US$2bil or RM8bil).

6) Projek pembinaan jalan kereta api (US$105mil or RM420mil).

Kabinet Malaysia memberi kelulusan khas bagi meneruskan pelan Pan-Asian Railway menghubungkan Kunming ke Singapore di bawah inisiatif “The Belt and Road” China. Asian Infrastructure Investment Bank dan Silk Road Fund telah diwujudkan bagi pembangunan ini. Malaysia juga membenarkan 40% pemilikan ekuiti asing terhadap pemilikan perlabuhan. Dasar baru yang diperkenalkan, berikutan projek One Belt One Road China ini.

Beberapa persoalan yang boleh kita mainkan di sini. Adakah dengan jumlah pelaburan yang banyak sebegini akan memberikan kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera kepada rakyat Malaysia?

Atau ianya akan menyebabkan negara semakin tergadai? Semakin banyak tanah-tanah dan perumahan yang dimiliki oleh pemaju asing? Apa nasib orang Melayu dan peniaga Melayu terhadap projek ini?

Kebanyakan aset-aset ini jika kita lihat daripada projek-projek yang mereka lakukan di serata dunia, adalah aset-aset strategik negara. Dengan pemilikan aset-aset strategik, seperti kawasan perlabuhan, landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, stesyen janakuasa tenaga, kawasan galian minyak dan gas asli, China telah mengawal nadi-nadi penting negara terbabit berupa sistem pengangkutan dan juga sumber tenaga.

Secara tak langsung adakah mereka sebenarnya mahu memegang kedaulatan negara-negara terbabit, dan sedikit demi sedikit menguasai sesebuah negara dari sudut ekonomi dan politik menyebabkan kuasa wewenang mereka meningkat?

Justeru, bagi memahami, adakah projek OBOR ini penting terhadap ekonomi, dasar luar, keselamatan (hegemoni) dan strategi China dalam menjadi kuasa besar dunia, serta apakah impaknya terhadap dunia secara umum dan Malaysia secara khusus, MILAD (Muslim Leadership Developement Centre) dengan kerjasama IRIS INSTITUTE (Interdisciplinary Research & International Strategy) dan CAPE (Centre for Alternative Policies and Economics) membawakan kepada anda seminar antarabangsa, yang akan membawakan tajuk “Understanding China’s New OBOR Plan and Its Implications” yang akan disampaikan oleh Dr Ahmad Murad, Pensyarah Kanan di Institut Pengajian China, Universiti Malaya. Butiran Lanjut boleh didapati di pautan di bawah.

Oleh:

Asyraf Farique

Ketua Editor FOCUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sejarah Perebutan Kuasa di Laut China Selatan

Next Post

Limpahan pendatang dari China, satu ancaman demografi?

Related Posts
Skip to content