Menurut Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng, kurang daripada 12 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menunjukkan kesediaan untuk pelaksanaan environmental, social, and governance (ESG). Sementara itu, presiden PKS Malaysia, Ding Hong Sing, berkata lebih 90 peratus PKS tidak mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan ESG. NST
Dalam pada itu, laporan Institut Kewangan Lestari Asia tahun 2022 mendakwa PKS Malaysia berisiko kehilangan pendapatan RM292 bilion disebabkan oleh ketidakpatuhan ESG. Hal ini kerana, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan Lestari Asia Ltd, Eugene Wong, 80% daripada MNC telah membuat rancangan untuk mengeluarkan pembekal yang gagal memenuhi sasaran peralihan karbon mereka menjelang 2025. FMT
Walau bagaimanapun, agenda ESG ini dilihat lebih memberi keuntungan kepada syarikat senaraian awam (PLC). Berdasarkan penerbitan penyelidikan bertajuk ‘Positioning Corporate Malaysia for a Sustainable Future’, sebanyak 28 syarikat Malaysia mewakili sebagai konstituen dalam Indeks Pemimpin ESG MSCI All Country World Index (ACWI). Indeks itu terdiri daripada syarikat permodalan besar dan sederhana di negara pasaran maju dan sedang pesat membangun. MIDA
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute