Agenda ESG Untungkan Syarikat Besar, Lebih Daripada 80 Peratus Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PKS) Tidak Bersedia untuk ESG

Menurut Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng, kurang daripada 12 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menunjukkan kesediaan untuk pelaksanaan environmental, social, and governance (ESG). Sementara itu, presiden PKS Malaysia, Ding Hong Sing, berkata lebih 90 peratus PKS tidak mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan ESG. (NST)

Dalam pada itu, laporan Institut Kewangan Lestari Asia tahun 2022 mendakwa PKS Malaysia berisiko kehilangan pendapatan RM292 bilion disebabkan oleh ketidakpatuhan ESG.  Hal ini kerana, menurut  Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan Lestari Asia Ltd, Eugene Wong, 80% daripada MNC telah membuat rancangan untuk mengeluarkan pembekal yang gagal memenuhi sasaran peralihan karbon mereka menjelang 2025. (FMT)

Walau bagaimanapun, agenda ESG ini dilihat lebih memberi keuntungan kepada syarikat senaraian awam (PLC). Berdasarkan penerbitan penyelidikan bertajuk ‘Positioning Corporate Malaysia for a Sustainable Future’, sebanyak 28 syarikat Malaysia mewakili sebagai konstituen dalam Indeks Pemimpin ESG MSCI All Country World Index (ACWI). Indeks itu terdiri daripada syarikat permodalan besar dan sederhana di negara pasaran maju dan sedang pesat membangun. (MIDA)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nga Kor Ming Cadang Angkat Kampung Baru Cina Sebagai Tapak Warisan UNESCO, Usaha Jadikan Kampung Baru Cina Warisan Kebudayaan Negara Dan Kekalkan Legasinya

Next Post

Pengeluaran Minyak Sawit Negara Menurun Selepas 10 Tahun, Felda Digesa Manfaatkan 800,000 Hektar Tanah Bagi Meningkatkan Hasil Pengeluaran Minyak Sawit

Related Posts
Skip to content