FJP: As-Sisi Tangguh Hukuman, Elak Malu di Jerman

mohammad-morsi_abd-al-fattah-as-sisi

Hukuman ke atas Presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi bersama puluhan lagi banduan politik lain ditangguhkan ke tarikh 16 Jun.

Freedom and Justice Party ( FJP), parti demokratik yang memenangi pilihan raya Mesir 2012 berkata tidak terkejut dengan keputusan yang berbaur politik ini.

Abdul Fatah As-Sisi dijadualkan akan bertemu Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden, Joachim Gauck pada 3 Jun di Berlin. As-Sisi terpaksa berdepan dengan soalan-soalan sukar berhubung hukuman mati terhadap Morsi.

Tarikh 16 Jun yang merupakan sehari selepas kepulangan As-Sisi dari Persidangan Kesatuan Afrika di Afrika Selatan bukanlah dipilih secara kebetulan,bahkan adalah taktik bagi mengelak soal jawab dengan media antarabangsa.

Walaubagaimanapun, pandangan awam masyarakat dunia seharusnya tidak terpedaya dengan keputusan politik tersebut yang diputuskan oleh mahkamah tribunal tentera tidak berpelembagaan dan tidak mematuhi lunas undang-undang yang sah.

Menurut Amr Darrag, mantan menteri kerajaan pimpinan Morsi:

“ Komuniti antarabangsa dan media harus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kebangkitan Mesir menentang pemerintahan diktator sepertimana yang pernah terjadi ketika Revolusi Januari 2011. Insiden ini bukan hanya berkenaan Presiden Morsi tetapi turut menggambarkan penderitaan rakyat Mesir amnya di bawah autokrasi baru tentera yang zalim.

Kami melahirkan rasa hormat kepada sebilangan kecil pemimpin Barat yang berani tampil menyuarakan bantahan mereka terhadap rejim As-Sisi namun secara keseluruhannya, adalah sangat mendukacitakan apabila melihat masyarakat antarabangsa terus berdiam diri.

Tragedi Mesir telah tersingkap dan terpampang jelas. Justeru dunia kini mestilah berpendirian tegas terhadap rejim yang mengembalikan Mesir kepada zaman kegelapan Mubarak.”

Sumber: IkhwanWeb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat main peranan ‘utama’ di Asia

Next Post

AS peruntuk $18 Juta kepada Vietnam untuk tujuan ketenteraan

Related Posts
Skip to content