AS mengeluarkan bantahan rasmi ke Rusia atas kejadian Laut Baltic

Setiausaha Akhbar White House Josh Earnest berkata, Kedutaan Amerika Syarikat di Moscow telah menyatakan kebimbangan kepada kerajaan Rusia mengenai kejadian di Laut Baltik di mana jet pejuang Rusia terbang dengan jarak yang sangat dekat dengan USS Donald Cook. Jet pejuang Rusia yang tidak bersenjata itu membuat dua ‘overflight’ yang terlalu dekat dengan USS Donald Cook ketika ia belayar di Laut Baltik minggu ini. Salah satu jet pejuang tersebut terbang jarak 30 kaki dari superstruktur kapal Cook, menurut seorang pegawai AS.

Sumber gambar: CNN
Sumber gambar: CNN

Laporan awal menunjukkan kedua-dua ‘Overflight’ tersebut berlaku pada malam Selasa di perairan antarabangsa. ‘Overflight’ ketiga berlaku pada jarak yang boleh diterima yang berlaku pada Ahad, kata seorang pegawai AS.

Kapal Cook, sebuah kapal Arleigh Burke-class guided-missile destroyer, juga mempunyai helikopter Poland di atasnya, sebagai sebahagian daripada latihan rutin, menurut pegawai AS, beberapa spekulasi di kalangan tentera bahawa Rusia juga “menghantar mesej kepada Poland” kata pegawai itu.

Pegawai pertahanan kedua AS memberitahu CNN bahawa ‘overflights’ telah dilakukan oleh Rusia SU- 24 dan juga helikopter. Operasi penerbangan dengan helikopter Poland telah diganggu kerana salah satu ‘overflights’ terlalu dekat. Pertemuan rapat di antara pesawat udara Rusia dan kapal perang AS meningkat beberapa bulan kebelakangan.Pada bulan Oktober, jet AS Navy dipintas dua pesawat Tu- 142 milik Rusia yang terbang berhampiran pengangkut pesawat USS Ronald Reagan di Lautan Pasifik. Dalam kejadian pada bulan Jun, Su- 24 jet milik Rusia terbang dengan jarak 500 meter (1,640 kaki) dari ‘guided-missile destroyer’ milik AS yang belayar di Laut Hitam berhampiran Crimea.

Pada bulan Februari, Jabatan Pertahanan mengumumkan bahawa ia telah menghabiskan $3,4 bilion untuk ‘European Reassurance Initiative’ dalam usaha untuk menghalang pencerobohan Rusia terhadap sekutu NATO berikutan dengan campur tangan Rusia 2014 di Ukraine.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, AS telah menggunakan aset ketenteraan tambahan di seluruh Eropah sebagai sebahagian daripada ‘Operation Atlantic Resolve’.

Awal bulan ini, Tentera Udara AS mengerahkan F -15 ke Iceland dan Belanda serta F -22 ke United Kingdom.

Dan pada bulan Februari AS mengumumkan bahawa ia akan menghantar enam F -15 ke Finland untuk latihan dan tangki ‘pre –position’ dan meriam di Norway. Kedua-dua negara tersebut berkongsi sempadan dengan Rusia.

 

Terjemahan oleh:

Iffah Fadhilah Bte Awang Muhaidin

Penganalisis IRIS. Beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pengajian Timur Tengah, di Sakarya Universiti, Turki

Sumber Terjemahan:

http://www.cnn.com/2016/04/13/politics/russian-fighter-jet-us-destroyer/index.html?eref=rss_topstories

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

A.S dan Filipina meningkatkan rondaan udara dan laut di Laut China Selatan

Next Post

China boleh membina pelantar nuklear untuk Laut China Selatan

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content