Fabian Society dan Asal Usul Penubuhannya (Siri 1)

Fabian Society merupakan badan political think tank tertua yang wujud di United Kingdom. Diasaskan pada tahun 1884, organisasi ini telah menjadi pelopor kepada idea-idea politik baik dari kiri (Sosialisme-Komunis) dan pengamal idea kanan kapitalis. Hal ini kerana ramai dari pelopor Fabian Society mempunyai pertalian dengan pemegang saham SHTI yang didakwa mengamalkan monopoli kapitalisme iaitu bentuk kapitalisme terakhir yang memberi implikasi yang paling teruk (Syed Hussein Alatas, 1977).

Sepanjang sejarah Fabian Society, banyak para pemikir British lahir daripada kelompok ini dan tidak kurang juga kebanyakan Perdana Menteri dari Parti Buruh London turut sama berasal usul daripada Fabian Society (Wilkinson & Pickett, 2014). Ianya berbeza dengan kefahaman umum di mana susur galur kedua-dua idea, Liberalisme-kapitalisme serta sosialisme-komunisme ini, datang dari dua ufuk yang jauh berbeza, bertentangan dan bersifat tesis-antitesis kepada satu sama yang lain.

Menurut Rivera (2004) Fabian Society diasaskan pada tanggal 24 Oktober 1883, di London, apabila sekumpulan 17 ahli sosialis yang kaya berkumpul untuk membincangkan mengenai ‘Fellowship of the New Life’ daripada tulisan Thomas Davidson yang bertujuan untuk memulakan satu monastic order iaitu satu aturan kehidupan baru yang tunduk di bawah satu ikrar keagamaan yang baru. Antara 17 orang sosialis tersebut adalah George Bernard Shaw (1864-1926) yang merupakan seorang ateis berideologi Marxist; Graham Wallas iaitu seorang cendekiawan; Sidney James Webb (1859-1947) yang didakwa seorang pengamal sosialisme yang paling berpengaruh di British; Edward Pease; Havelock Ellis; Frank Podmore; Annie Besant; John Galsworthy; R. H. Tawney; G. D. H. Cole; Harold Laski; Israel Zangwill (1864-1926), juga seorang penulis berbangsa Yahudi yang pernah menulis The Melting Pot, iaitu kisah propaganda yang menunjukkan bagaimana Amerika mendiskriminasi Yahudi dan orang kulit hitam; dan akhir sekali adalah Israel Cohen yang juga seorang penulis berbangsa Yahudi (Rivera, 2004:189).

Nama Fabian Society diambil daripada General Rome iaitu Quintus Fabius atau gelarannya The Cunctator (yang menangguh) kerana strategi perangnya yang berhati-hati dan menangguh serangan dalam serangan yang dibuat oleh Carthagininas lantas menyerang pada masa dan keadaan yang paling tepat. Dalam muka depan risalah Fabian Society pertama ada menjelaskan bagaimana sifat modus operandi Fabian Society ini.

“For the right moment you must wait, as Fabius did most patiently, when warring against Hannibal, though many censured his delays; but when the time comes you must strike hard, as Fabius did, or your waiting will be in vain, and fruitless.”

Risalah Pertama Fabian (1884)

Kata-kata ini cukup menggambarkan kaedah dalam matlamat mereka yang panjang untuk mencapai apa yang mereka hendaki. Daripada 17 orang tersebut, terdapat empat orang utama atau lebih dikenali sebagai The Big Four dalam Fabian Society iaitu G. B Shaw, Graham Wallas, Sidney Webb dan Sidney Oliver. Fabian Society bermula dengan membawa idea sosialisme yang mana kesemua pengasas ini berkumpul atas satu asas yang sama iaitu mereka tidak bersetuju dengan kaedah perubahan yang radikal (merujuk kepada radikalisme Karl Marx melalui idea komunis) dan lebih cenderung kepada metode menyusup menggunakan kuasa kerajaan dan kesatuan perdagangan untuk melakukan perubahan. Menurut Ellis (2014) Fabian Society ini mempunyai hubungan dengan SHTI.

Pada tahun 1873, sebahagian pemegang saham SHTI merupakan penyumbang terbesar kepada Fabian Society dan memegang idea-idea elit pre-Fabian. Hal ini boleh dibuktikan dengan beberapa contoh, antaranya John Stuart Mill yang merupakan rakan kepada ayah Beatrice Webb yang merupakan ahli teras Fabian. Bukan itu sahaja, idea ekonomi Mill banyak mempengaruhi Beatrice Webb melalui tulisan Mill bertajuk Principle of Political Economy (1848). Menurut Ellis lagi, Fabian Society yang menjadi pelopor kepada Frankfurt School mempunyai beberapa prinsip yang membezakan idea sosialisme oleh jalur ini dengan apa yang dibawa oleh Marxism iaitu:

1. Fabian Society mempromosikan idea sosialisme yang merupakan counter-ideology kepada kapitalisme
2. Fabian Society mendapat dana yang besar daripada para kapitalis yang sangat kaya.
3. Fabian Society mempromosikan perubahan radikal kepada ketamadunan barat melalui utopianisme sosialis.
4. Fabian Society menolak kaedah revolusi Marxism, dan lebih memilih perubahan secara gradualisme, iaitu perubahan secara perlahan dan bertahap berdasarkan perancangan jangka panjang untuk merubah karakter ketamadunan barat melalui penyamaran dan pencerobohan institusi.

Walaupun mereka tidak terlalu mengagungkan revolusi Marxist, Fabian Society ini masih dipengaruhi oleh idea sosialis Marxist dan idea-idea sosialis yang datang dari Plato, Auguste Comte, Charles Darwin, J.S Mill, Robert Owen, Henry George dan John Ruskin khususnya dari sudut urus tadbir negara. Doktrin perubahan secara perlahan-lahan ini atau seperti apa yang disebut Shaw sebagai doctrine of inevitability of gradualism disifatkan oleh beliau sebagai; stealth, intrigue, subversion, and the deception of never calling socialism by its right name iaitu suatu bentuk penyamaran dan penipuan yang tidak menunjukkan wajah sebenar sosialisme (Stormer, 1964, p. 26). Walaupun kebanyakkan orang melihat ideologi sosialis ini bertentangan dengan ideologi liberal-kapitalis, tetapi jika diperhatikan prinsip di dalam Manifesto of the Communist Party (1848) banyak membawa idea dan polisi kapitalis seperti pemusatan harta kepada entiti negara yang secara tak langsung jika para kapitalis duduk sebagai elit pemerintah, mereka juga yang mempunyai hak dan akses kepada harta-harta tersebut.

Merujuk kepada pengkaji-pengkaji organisasi Fabian ini, terdapat beberapa faktor yang dinyatakan menjadi asas kepada penubuhan organisasi ini. Antaranya menurut sejarah London School of Economic (LSE), Henry Hutchinson telah mati dengan meninggalkan wasiat supaya wang peninggalannya sebanyak 20, 000 duit pound digunakan bagi menubuhkan sebuah institusi LSE sendiri (London School of Economic n.d). Raapana (2005) pula mengatakan, Fabian Society diasaskan pada tahun 1884 selepas Derby Fabian Henry Hutchinson meninggalkan nota bunuh diri dan 10,000 duit pound kepada pengasas Fabian Society untuk tujuan mempropagandakan idea-idea sosialisme. Bukan itu sahaja, bahkan penubuhan British Fabian sosialisme adalah juga bertujuan untuk mempromosikan komunisme antarabangsa dan perdagangan bebas yang lebih mesra. Ianya sangat berlawanan dengan kaedah revolusi Karl Marx yang radikal, terbuka dan ganas.

Pendekatan Fabian pula lebih dekat kepada infiltrasi dan memandu semula kerajaan sedia ada mengikut agenda mereka. Menurut laman sesawang Fabian Society, antara tujuan lain pertubuhan itu adalah sebagai mempromosikan idea kolektivisme dengan bukti-bukti yang membina kedudukan ideologi itu (The Fabian Story, 2015). Pada tahun 1899, penulisan The Fabian Essays telah diterbitkan. Ia adalah karya yang paling diiktiraf merangka perjalanan ideologi sosialisme yang telah ditulis oleh tujuh orang ahli Fabian dan disunting oleh Bernard Shaw. Blueprint ini dijadikan panduan dalam kebanyakan gerakan oleh parti buruh dan badan sosialis dalam membuat polisi negara dan diulang cetak sebanyak empat kali (Rivera 2004).

Pada tahun 1903, apabila H. G. Wells bergabung ke dalam Fabian Society, pimpinan Fabian banyak tertarik dengan idea Wells berkenaan The New Republic melalui buku The Anticipation. Menurut Wells dalam karya beliau, The New Republic dihuraikan sebagai satu order dunia baru yang menggunakan set undang-undang, pembangunan, bahasa (inggeris) dan gaya pemerintahan yang sama. New Republic ini merupakan apa yang dijangka oleh Wells, sesuai dengan pergerakan dunia pada masa akan datang. Orde dunia ini hanya terjadi selepas second century iaitu tahun 2000 dan relevan ketika mana kapitalisme mula jatuh dan meningkatnya teknologi perang yang mana ahli politik dan perniagaan tidak mampu untuk mengawalnya.

Orde ini digerakkan oleh sebuah organisasi yang dipenuhi oleh golongan elit yang kaya raya yang mana boleh mengendahkan situasi politik atau menggunakannya hanya untuk tujuan mereka sendiri. Ia juga akan membina satu standard moral baru yang membolehkan pembunuhan sesuatu kelompok minoriti yang dirasakan perlu bagi manfaat seluruh manusia.  Hal ni termasuklah akan wujud golongan manusia yang akan dijadikan hamba. Ia dimulakan sebagai sebuah organisasi yang tidak terikat dan mengikut keadaan akan mengikat ahli-ahlinya. Ia akan berlanjutan sehingga ke suatu peringkat ia berupaya berfungsi seperti sebuah pertubuhan rahsia atau open freemason yang mengawal kerajaan. Keseluruhannya, New Republic kelihatan seperti suatu usaha dominasi total oleh golongan elit ke atas keseluruhan umat manusia.

Walaupun ketika menulis buku ini, Wells belum lagi bersama dengan Fabian Society tetapi ia sangat memberi pengaruh yang kuat kepada Fabian Society iaitu The New Republic menjadi kerangka buat Fabian Society. Kerana tulisan ini juga maka pada tahun 1903, Wells telah dijemput oleh organisasi ini untuk bersama dengan Fabian Society (Taunton, n.d.). Tokoh-tokoh Fabian seperti Bernard Shaw, Graham Wallas dan Sidney Webb antara mereka yang berminat dengan idea New Republic (Lodge, 2011). Bahkan seperti apa yang pernah ditulis oleh Edward Pease yang merupakan setiausaha kepada Fabian pada 10 Januari 1902 mengatakan bahawa Sidney Webb dan isteri beliau, Beatrice Webb sebagai pemula kepada idea New Republic oleh Wells.

They are pioneers of your New Republic. We have lived for years on Webb’s idea of politics. We want someone else who can also think ahead, and that is why I welcome “Anticipiations.”

(Lodge 2011)

Tetapi, jika kita perhalusi bagaimana sifat New Republic lakaran Wells dan cetusan secara realitinya oleh pasangan Webb maka kita mengetahui New Republic ini tidak lebih kurang sebagai satu secret society;

In its more developed phases I seem to see the New Republic as a sort of outspoken Secret Society, with which even the prominent men of the ostensible state may be openly affiliated. A vast number of men admit the need but hesitate at the means of revolution, and in this conception of a slowly growing new social order organized with open deliberation within the substance of the old, there are no doubt.

(Wells 1901)

Tambah Wells lagi, New Republic ini berwajahkan gerakan freemason yang terbuka tetapi masih mengekalkan pengaruh dan kawalan kepada kerajaan:

So it is I conceive the elements of the New Republic taking shape and running together through the social mass, picking themselves out more and more clearly, from the shareholder, the parasitic speculator and the wretched multitudes of the Abyss. The New Republicans will constitute an informal and open freemasonry. In all sorts of ways they will be influencing and controlling the apparatus of the ostensible governments, they will be pruning irresponsible property, checking speculators and controlling the abyssward drift, but at that, at an indirect control, at any sort of fiction, the New Republic, from the very nature of its cardinal ideas, will not rest.

(Wells 1901)

Komitmen Fabian Society kepada perubahan politik secara tidak radikal telah menjadi asas kebanyakan ahli Fabian dalam membina Parti Buruh pada tahun 1900. Fabian Society juga telah mempelopori penubuhan London School of Economic (LSE) dan majalah politik terkenal di UK, New Statesman. Fabian Society juga dalam susur galurnya telah membina banyak institusi negara yang penting yang mana pengaruhnya berakar umbi dalam pembangunan negara termasuk Malaysia. Antaranya adalah Parti Buroh yang kini merupakan satu parti yang utama di United Kingdom dan idea parti tersebut merebak sehingga ke Malaysia.

 

RUJUKAN

Alatas, S. H. (1977). The Myth of Lazy Native; A study of the image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to 20th century and its function in the ideology of colonial capitalism. London: Frank Cass and Company Limited.

Ellis, C. (2014, Jun 23). Council of European Canada. Retrieved from The Socialist Capitalist Alliance: the Fabian Society, the Frankfurt School, and Big Business: PartI: http://www.eurocanadian.ca/2014/06/socialist-capitalist-alliance-fabian-societyfrankfurt-school-and-big-business-part1.html 

Lodge, D. (2011). Man of Parts: A Novel. 2011. Penguin group Inc. New York. New York: Penguin Group Inc.

Raapana, N. (2005, 10). British Revisionism and The Fabian Society. Retrieved from The Silver Bear Cafe: http://www.silverbearcafe.com/private/05.09/revisionism.html

Rivera, D. A. (2004). Final Warning: A History of The New World Order. Oakland, California: Conspiracies Book and Imprint at InteliBooks Publishing.

Stormer, J. (1964). None Dare Call It Treason. New York: Bauccaneer Books. 

Taunton, M. (n.d.). H G Wells’s politics. Retrieved from British Library: http://www.bl.uk/romantics-and-victorians/articles/h-g-wells-politics

The Fabian Story. (n.d.). Retrieved from Fabian Society: http://www.fabians.org.uk/about/the-fabian-story/

Wells, H. (1920). Russia In the Shadows. Forgotten Books.

Wilkinson, R., & Pickett, K. (2014). A Conveneient Truth – A Better Society for US and The Planet. London: Fabian Society.

Aiman Faudzi
Penyelidik IRIS Institute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Poseidon, Perluru Berpandu Balistik milik Russia

Next Post

BUKTI BANGSA MELAYU SEBAGAI PENDUDUK ASAL TANAH MELAYU

Related Posts

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Insiden di Selat Hormuz gugat kawalan pasaran derivatif elit global kapitalis Yahudi

Oleh: Asyraf Farique Insiden yang berlaku berdekatan Selat Hormuz ini melibatkan dua buah kapal tangki minyak dari Jepun…
Read More