China, Israel Ceroboh Sempadan Malaysia Ketika Pandemik

Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh IRIS Institute, negara China, Israel adalah antara negara yang mengambil kesempatan menceroboh sempadan negara ketika pandemik Covid-19.

China yang paling kerap melakukan pencerobohan apabila bukan sahaja melakukan pencerobohan sempadan laut tetapi berubah kepada pencerobohan sempadan udara seperti yang berlaku di perairan Sarawak pada Mei 2021.

Sebelum berlakunya Pandemik lagi, terdapat 89 rekod pencerobohan perairan Malaysia oleh kapal Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (Plan).

China juga mengganggu operasi cari gali Petronas di Telaga Kasawari, Sarawak yang boleh mengganggu gugat aktiviti ekonomi dan keselamatan negara dalam pemanfaatan sumber alam milik negara.

Pencerobohan sempadan udara oleh China berlaku di Laut China Selatan, berhampiran Sarawak dan terkait rapat dengan provokasi oleh Kapal Pengawal Pantai China di Telaga Kasawari, Sarawak. Pada 1 Jun 2021, 16 buah pesawat jenis Ilyushin II-76 dan Xi’an Y-20 telah menceroboh sempadan udara Malaysia sehingga kemudiannya dipintas oleh pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pola pencerobohan sempadan laut negara oleh China bukan perkara baru, tetapi berlakunya peningkatan keamatan pencerobohan sempadan yang memperlihatkan keberanian China memprovokasi kawalan keselamatan sempadan negara.

Sewaktu bermulanya pandemik Covid-19, Pasukan Coast Guard dan angkatan Laut People’s Liberation Army China telah melakukan pencerobohan sempadan dan memprovokasi negara-negara yang terlibat dalam pertikaian sempadan Laut China Selatan iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

China Faces Pushback after Adoption of Controversial Coast Guard Law —  BenarNews
Kapal China Coast Guard (CCG) yang paling kerap melakukan pencerobohan sempadan di Laut China Selatan

Pencerobohan sempadan udara negara oleh Israel pula berlaku pada 19 Mei 2021, apabila pesawat prototaip pengintip bernombor pendaftaran 4X-AOO milik Israel telah terbang di ruang udara milik Malaysia. Pesawat tersebut berlepas dari Republik Maldives sebelum mendarat di Singapura, melalui ruang udara milik Malaysia.

MODEL pesawat pengintip bernombor pendaftaran 4X-AOO dibangunkan Israel Aerospace Industries yang dikatakan terbang di ruang udara Malaysia minggu lalu. – Gambar media sosial

Walaubagaimanapun, kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara negara mengikut peraturan-peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam  Antarabangsa (ICAO), yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota. 

Menurut kenyataan itu, sebagaimana peraturan-peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udara selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

“Ditegaskan bahawa kelulusan penerbangan yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) ini tidak dibenarkan mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia,”

Laporan penuh boleh dibaca pada pautan dibawah:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pencerobohan Sempadan Malaysia Oleh China Semasa Pandemik Covid-19

Next Post

Penguncupan & Penuaan Populasi Malaysia Pasca Pandemik COVID-19

Related Posts
Skip to content