5,527 kes Macau Scam direkodkan sepanjang tahun 2019 dengan kerugian mencecah RM327.9 juta

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,527 kes penipuan Macau scam dicatatkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) melibatkan kerugian berjumlah RM327,910,835.05.

Pada 2019, sejumlah 2,466 kes dicatatkan dengan nilai kerugian RM121.85 juta, sebanyak 2,247 kes (RM172.7 juta) pada 2020 dan Januari hingga bulan lalu sebanyak 814 kes (RM33.3 juta).

Golongan berusia 50 tahun cenderung menjadi mangsa sindiket Macau scam kerana kurang pendedahan kepada maklumat serta perkembangan semasa berhubung kes seumpamanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamaruddin Md Din berkata faktor kedudukan ekonomi golongan itu yang lazimnya mempunyai aliran kewangan stabil, simpanan hari tua dan wang persaraan terkumpul, menjadikan peratusan mereka sebagai mangsa lebih tinggi.

“Amat menyedihkan apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan dalam menempuh hari persaraan hilang akibat menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam kenyataan.

Kamaruddin berkata, sepanjang 2019 sehingga bulan lalu, statistik menunjukkan jumlah tertinggi mangsa sindiket berkenaan adalah individu dalam lingkungan 51 tahun ke atas, iaitu 1,621 orang atau 29.3% daripada 5,535 mangsa yang direkodkan.

Katanya, dapatan tersebut adalah hasil analisis pihaknya berhubung kes penipuan Macau scam di seluruh negara.

Menurutnya, mangsa berumur 41 hingga 50 tahun pula merekodkan 17.8%, 31 hingga 41 tahun (25.3%), 21 hingga 30 tahun (26.2%), manakala mangsa di bawah 20 tahun adalah 1.5%.

Sehubungan itu, beliau berkata, komunikasi dalam kalangan keluarga amat perlu bagi menyalurkan maklumat serta perkembangan modus operandi penipuan sebegini.

Katanya, anak-anak yang mempunyai pendedahan langsung kepada maklumat di media sosial disarankan berkongsi pengetahuan dengan ibu bapa agar mereka turut cakna dengan situasi semasa. -Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kontrak PMTK Malaysia Merosot 14.5 peratus kepada RM281.1 bilion pada 2020 – Perangkaan

Next Post

Sheng Tai sasar tarik FDI RM1 bilion bagi projek Menara Kebudayaan Cina di Melaka

Related Posts
Skip to content