Sebagai sebuah negara kita sebenarnya memiliki lebih banyak titik potensi dan kekuatan.
Tetapi jika sistem yang mengoperasikan negara ini adalah sebuah sistem yang bermasalah, kita tetap akan mengalami hari-hari yang gelap.
Bak kata pepatah Melayu yang pernah disebut oleh Dr Burhanuddin al-Helmy dahulu:
Bagai ayam di kepuk mati kelaparan, itik di ayer mati kehausan.
Sistem di sini maksudnya bukan sahaja merujuk kepada sistem politik dan pentadbiran sahaja.
Sistem yang saya maksudkan adalah ‘Sistem’ (dengan huruf S besar) yang bermula dari akar sehingga lah kepada sistem-sistem pelbagai yang merupakan cabang kepada akar itu.
‘Sistem’ ini bukan baru rosak hari ini. Ia adalah sesuatu yang telah pun rosak semenjak ia mula ditanam seawal era penjajahan British dahulu.
Sejak itu tak pernah (ya, saya boleh katakan begitu dengan yakin) ada lagi usaha yang benar-benar bersifat ‘radikal’ (bukan subversif, maksud di sini merawat dari akarnya) dalam membuang ‘Sistem’ ini dan menanam Sistem yang betul dan berfungsi dengan cemerlang.
Usaha-usaha yang pernah berjalan adalah usaha-usaha yang bersifat meredakan simptom, atau menampal lubang, atau mengenakan solekan di atas kerosakan.
Saya memang selalu terfikir bilakah agaknya akan tiba masa rakyat Malaysia akan sedar dan nampak realiti ini. Jujurnya saya sendiri tak sangka suasana covid-19 hari ini boleh sampai ke tahap hari ini.
Pahit dan perit tetapi mungkin inilah hikmahnya; ia mungkin membuka tirai-tirai realiti yang selama ini boleh disapu ke bawah karpet (hari ini boleh nampak terang-terang bagaimana taikun kilang boleh selamba langgar kepentingan negara dan menteri tak boleh buat apa).
Kita boleh paksa PM dan Menteri semua letak jawatan dan keluar dari kabinet, tetapi percayalah ia tidak cukup untuk merawat kerosakan ‘Sistem’ yang ada.
Dulu ada yang marah dengan Najib kerana merosakkan negara, lalu Najib keluar.
Sekarang kita marah pula dengan yang mengganti Najib, atas sebab yang sama. Kemudian jika dia digantikan pula oleh sesiapa pun yang ada sekarang ini, kita akan mengulang kitaran yang sama.
Tahukah anda mengapa itu akan berlaku? Kerana mereka semua bukanlah ‘sole actor’ yang berkuasa menentukan ‘Sistem’ itu.
Ada mastermind, kapitalis, pelobi, pengawal, comprador, kroni — apa sahaja namanya — yang mahukan ‘Sistem’ yang rosak ini terus menjadi ‘operating system’ kepada negara ini, kerana dengan itu mereka terus boleh memiliki ‘upper hand’ ke atas segala khazanah tanah air kita yang tercinta ini.
Saya minta maaf apa yang saya tulis ini memang tak boleh memberikan anda jalan penyelesaian segera kepada angka kes yang kian mencanak, kelesuan frontliners, kelumpuhan ekonomi, dan kegagalan PKP yang tak berkesudahan.
Mungkin sudah tiba masanya kita mencari penyelesaian yang boleh merawat bukan sahaja krisis yang di depan mata kita sekarang, tetapi juga ampuh untuk mendepani apa sahaja cabaran dan membangunkan semula negara ini dari puing-puing runtuhan.
Syed Ahmad Israa’
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute
Jazakallahu khairan di atas pencerahan isu ni…..
Sekarang ni, kita tak boleh menuding jari kepada PM dan kabinet di atas kegagalan menangani krisis ini lah ya.
Moga solusi yang Ustaz maksudkan di perenggan akhir article di atas dapat dihasilkan dalam masa terdekat.
Ada jalannya: Hijrah.
Nabi telah tunjuk, pemuda alKahf juga telah lakukan.
Ke mana? Ke tempat yang telah musnah ‘sistem’ itu. Ke tempat yang Allah perintah hijrah selepas hijrahnya Nabi. Ke tempat yang boleh dibina kembali sistem Islam syumul.
Sudah adakah sekarang? Belum lagi tapi semakin hampir, perhatikan sahaja isyaratnya di dunia.
Bila dan bagaimana? Buatlah persiapan spiritual fizikal mental material, tinggalkan sebanyak mungkin ‘sistem’ ini sepenuh kudrat yang ada, InshaAllah akan dibukakan jalannya bila tiba masanya nanti.
Bukan persoalan semangat/sentimen kebangsaan atau kenegaraan lagi sekarang ini. Lagipun, untuk mempertahankan Malaysia pun apakah masih ada Malaysia nanti? Boleh Google paras laut di Malaysia pada tahun 2030 dan seterusnya..atau bancian bilangan penduduk Malaysia pada tahun2 tersebut.
Semoga tuan dirahmati Allah, terima kasih.