Berfikir semula tentang identiti negara. Relevankah konsep bangsa Malaysia?

Apabila penjajah mahu memberi kemerdekaan kepada negara kita Malaysia, mereka tidaklah ikhlas dalam memberi kebebasan sebenar untuk kita mengatur siasah sendiri. Bagi memastikan mereka boleh terus mengawal negara bekas jajahan, secara “indirect rule” mereka menanam virus.

Henry Gurney adalah aktor yang pernah dihantar British ke Palestin, dengan kepakaran untuk membina penempatan “kampung baru” di sana. Mewujudkan perkampungan baru bagi Yahudi di tanah-tanah strategik di sana. Sedikit demi sedikit mereka menguasai bandar-bandar utama di Palestin.

Henry Gurney kemudian dihantar ke tanah Melayu, atas kepakaran yang sama untuk membina penempatan “kampung baru” di tanah Melayu. Strategi yang sama digunakan. Anda boleh lihat sendiri, kampung-kampung baru berevolusi menjadi kawasan paling strategik dan mempunyai nilai hartanah paling mahal di Malaysia. Dan berkembang menjadi bandar-bandar utama.

Perancangan terhadap landskap sosial dan demografi di Malaysia ini pada asalnya ditempa mengikut acuan luntur identiti, agar masyarakatnya menjadi satu identiti global. Menanam taat setia kepada peradaban global dalam mafhum lebur identiti bangsa dan agama.

Bagi mencapai kepada perancangan itu, perlunya berlaku pertembungan identiti dan budaya di tanah Melayu ini. Maka pihak penjajah membawa pendatang dari China dan India, bukan sekadar pekerja, tetapi mahu menempatkan mereka menjadi rakyat di Tanah Melayu ini. Penjajah tahu suatu hari nanti bom demografi akan meletup, di mana pertembungan budaya dan identiti akan berlaku antara masyarakat Cina-India-Melayu.

Apabila berlaku konflik, dari situ timbulnya solusi kepada Bangsa Malaysia, di mana masyarakat tidak diikat kepada identiti asal mereka.

Sehingga kini, pertembungan di medan identiti ini masih berlaku. Keamanan yang ada di negara kita hanyalah keamanan sementara yang penyelesaiannya adalah palsu dan bersifat tempelan. Pertembungan identiti akan terus berlaku.

Maka di sini wujudnya satu keperluan untuk memikirkan solusi jangka masa panjang dalam memelihara keamanan. Sejarah Tanah Melayu ini harus diajar dalam naratif yang sebetulnya. Langkah pertama adalah kita mengajarkan kembali di sekolah-sekolah.

Sejarah migrasi orang Cina dan India yang dibawa penjajah ke Tanah Melayu diajar berdasarkan fakta di sekolah. Supaya murid menghargai persetujuan kontrak sosial yang dipersetujui orang Melayu, Bumiputera Sabah & Sarawak dengan orang Cina dan India ketika itu. Hal ini penting dalam menghakis sikap rasis dan superior serta doktrin menghina bangsa lain seperti contoh video Waytha Moorthy yang tular di laman sosial.

Dan hal ini mampu dilaksanakan jika pihak pemerintah mempunyai kekuatan dan kehendak politik yang merdeka. Jika tidak, kita hanya akan berpada dengan solusi Bangsa Malaysia penjajah. Di mana, perkara ini bukanlah suatu perkara yang tabie/natural bagi manusia yang diciptakan berbangsa-bangsa dan mempunyai budaya, cara fikir, sistem nilai dan kecenderungan tertentu.

Jika masalah ini tidak segera diselesaikan kita akan menghadapi pertembungan identiti dan budaya yang lebih dasyat pada masa hadapan. Keperluan menghormati identiti asal watan ini sejak ribuan tahun harus dididik dan disemai agar generasi mendatang tidak lupa, tanah ini beridentitikan apa yang mereka sedang berpijak ini.

Wallahualam.

Asyraf Farique
Pegawai Penyelidik IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

America retreats from Syria?

Next Post

US exiting from Syria: Between wishful thinking & gloomy reality

Related Posts
Skip to content