Deep State: Tinjauan Kes di beberapa buah negara

Umum mengetahui fungsi struktur pemerintahan dalam sesebuah negara adalah bagi memacu pertumbuhan dan kemajuan nasional, selain menjadi penjaga kepada kepentingan rakyat dan negara.

Namun begitu, terdapat beberapa kajian kes yang menunjukkan bahawa hala tuju negara tidak sepenuhnya mengikut kehendak dan visi sebenar kemajuan negara. Antaranya adalah negara-negara yang kaya dengan sumber alam tetapi berada dalam keadaan miskin, hasil kekayaan negara dirompak oleh pihak asing.

Individu-individu berpengaruh yang melakukan jenayah dan kesalahan berprofil tinggi dibebaskan tanpa didakwa.

Selain itu, wujud amalan di mana jentera pentadbiran negara menyokong polisi-polisi yang dipelopori oleh tangan-tangan ghaib serta memberikan kontrak projek-projek mega kepada syarikat-syarikat kapitalis asing.

Kewujudan aktiviti-aktiviti ekonomi gelap masih lagi berleluasa dan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak kerajaan.

Timbul persoalan, adakah struktur-struktur penting pemerintahan negara berfungsi bagi memacu pertumbuhan nasional negara, atau menjadi proksi kepada kepentingan ‘tangan ghaib’ ini? Antara konsep yang diperkatakan dalam kalangan para sarjana dalam membincangkan mengenai fenomena ini adalah konsep deep state.

Deep State adalah suatu konsep yang digunakan dalam lapangan sains politik bagi menerangkan kewujudan ‘kuasa di sebalik kuasa’, ‘daulah terpendam’ atau ‘informal government’ dalam sesebuah negara.

Penulisan ini cuba melihat semula konsep deep state melalui sudut pandang struktur, jaringan dan modus operandinya di beberapa buah negara terpilih.

Melalui tinjauan ini, penulisan ini mendapati wujudnya struktur dengan menggunakan nama lain yang hampir sama kepada deep state seperti shadow state, godfather, chaebol, fraternity, secret societies dan Kapitan-Kongsi-Triad.

Konsep-konsep tersebut walaubagaimanapun boleh membantu dalam memperluaskan tema deep state ini. Terdapat beberapa perbezaan penggunaan nama dalam menggambarkan tentang konsep deep state ini bergantung kepada suasana dan konteks sesebuah negara.

Dapatan penulisan ini meluaskan kefahaman terhadap konsep dan teori deep state yang sedia ada serta membuka ruang kepada pelbagai kajian lanjut untuk memahami konsep deep state secara mendalam khususnya di Malaysia.

Justeru itu, tinjauan literatur ini akan membawakan konsep deep state dan konsep-konsep yang membawa maksud hampir sama serta perkaitan dalam membicarakan hal ini.

Baca laporan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Bagi Pelanggan Eksklusif, Sila Login terlebih dahulu untuk muat turun):


Bermula 1 September 2020, laporan penuh hanya boleh dibaca dengan langganan atau pembelian. Langgan Fokus Hari Ini bermula daripada RM150/Setahun.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kebolehpasaran Graduan Berkemahiran Tinggi Di Malaysia Semasa Tempoh Pandemik COVID-19

Next Post

Penyelidikan: Pembangunan Ilmu vs Aplikasi Industri?

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content