Sejarah Rekrutmen Elit Global di Malaysia

Kompas Edisi 3/2021

Rekrutmen adalah satu proses memasukkan (mengambil) ahli baru ke dalam sesebuah pertubuhan atau badan, dan dalam kes ini adalah Elit Global.

Strategi rekrutmen Elit Global berlaku dalam beberapa bentuk, antaranya menerusi pendidikan, politik, ideologi, jaringan ekonomi dan melalui pertubuhan-pertubuhan rahsia. Tujuan utama rekrutmen Elit Global adalah untuk melahirkan proksi-proksi yang akan melaksanakan polisi negara dalam kerangka Orde Baru Dunia.

Di Malaysia, penjajahan oleh British bermula pada tahun 1784 telah membuka ruang kepada berlakunya rekrutmen terhadap proksi penjajah daripada kalangan penduduk tempatan sendiri.

Cubaan awal rekrutmen Elit Global oleh Missionari Kristian seperti Thomas Beighton dan Benjamin Keasberry terhadap anak-anak Sultan dan Bangsawan Melayu, adalah untuk membina generasi baru dalam kalangan Melayu elit yang berjiwa dan berfikir dalam kerangka Anglophile.

Modus operandi rekrutmen ini kemudiannya diperkemaskan dengan penyerapan anak-anak Elit Melayu ke dalam institusi-institusi pendidikan barat seperti Penang Free School dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Di sini, tenaga pendidik dalam kalangan Anglophile dan ahli pertubuhan rahsia akan mendidik anak-anak elit Melayu dengan cara fikir, sikap dan kehendak seorang Anglophile.

Kemudiannya, rekrutmen elit Melayu ini diteruskan menerusi penglibatan mereka dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Fabian Society dan Freemason seperti yang berlaku kepada Tun Abdul Razak semasa di United Kingdom.

Selepas itu, Elit Melayu yang telah direkrut ini akan mengisi kedudukan-kedudukan strategik dalam pentadbiran negara bermula daripada Malay Administrative Service (MAS) dan jawatan tinggi dalam politik serta institusi-institusi kerajaan selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Hasilnya, dasar dan polisi negara Tanah Melayu (atau Malaysia) ini akan kekal dalam kerangka yang ditetapkan oleh Orde Baru Dunia.

Laporan kali ini akan membincangkan sejarah awal rekrutmen elit global di Malaysia serta apakah objektif utama yang ingin dicapai menerusi strategi rekrutmen oleh British ke atas elit Melayu?. Dan bagaimana segala polisi dan dasar dalam ekonomi, politik, sosial mahupun pendidikan telah menjurus kepada gagasan Orde Baru Dunia.

Muat turun laporan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Hanya pelanggan ekslusif sahaja)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Naratif Multikulturalisme Menggugat Perpaduan Negara

Next Post

Macau Scam – Pengaruh dan Jaringan Kumpulan Kongsi Gelap Cina Antarabangsa

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content