- Dokumen laporan yang dibocorkan ini menggariskan minit mesyuarat bertarikh 22 Jun 2015 yang membincangkan strategi-strategi Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki dan didanai George Soros untuk mempengaruhi politik tempatan melalui pilihan raya 2018.
- Antara yang menghadiri mensyuarat ini ialah Christopher Stone; Presiden OSF dan Pengarah Merdeka Centre for Opinion Research, Ibrahim Suffian.
- OSF mula berusaha untuk mempengaruhi politik tanah air kita semenjak tahun 2010, setahun selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. OSF meramalkan pilihanraya diadakan pada tahun 2011 tetapi akhirnya ditetapkan pada tahun 2013. Melihatkan kepentingan pilihanraya umum 2013 dan ‘kepentingan peribadi’ George Soros terhadap pilihanraya, maka OSF membuat keputusan untuk meningkatkan usaha agensi-agensi pertubuhannya dalam kerja-kerja dan memanfaatkan rangkaiannya, membawa masuk kepakaran luar dan menjalankan advokasi di Washington DC untuk pilihanraya 2018.
- Pemberian dana atau geran dari OSF dilihat sebagai campur tangan yang paling berjaya. Antara pelbagai campur tangan, ini adalah yang terbaik yang dirancang hasil dari pelbagai dialog yang dilaksanakan di dalam negara dan dengan itu mencerminkan keperluan yang dikenal pasti dalam negara.
- Sokongan dana OSF untuk penerima dana memainkan peranan penting untuk menggerakkan penyertaan awam dan menyokong usaha masyarakat sivil, tetapi satu hakikat yang tidak boleh diabaikan adalah motivasi tinggi dari masyarakat awam yang menghendaki perubahan terhadap kerajaan turut mengakibatkan penyertaan yang ramai dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sokongan OSF amat berkesan terutamanya terhadap penyertaan belia dengan beratus-ratus ribu belia digerakkan.
- Oleh kerana pendedahan negatif oleh pihak media rasmi negara terhadap George Soros dan OSF, program-program yang dirancang OSF berjalan secara rahsia, dengan staf bekerja secara senyap-senyap untuk mengurangkan pendedahan awam. Pengarah South East Asia Institute (SEAI), Maureen Aung-Thwin, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas perhimpunan BERSIH Julai 2011 oleh kerana dilaporkan oleh blog-blog tempatan bahawa BERSIH dibiayai oleh OSF.
- MalaysiaKini dan perkhidmatan penyiaran dalam taliannya KiniTV menerima peruntukan khas dari OSF untuk laporan pilihan raya, dengan sokongan berterusan di luar musim pilihan raya.
- Untuk pilhanraya 2018 yang akan datang, Ibrahim Suffian merasakan bahawa fokus terhadap Muslim harus ditingkatkan. Berdasarkan pengundian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan usaha reformasi. Dengan elemen etnik yang kuat di Malaysia dalam wacana politik, terdapat keperluan untuk memperluaskan pengaruh di kawasan-kawasan pilihanraya.
- Binaifer Nowrojee; Pengarah Asia Pacific Regional Office (APRO), menyatakan dengan kejatuhan pembangkang, bilangan undi akan berpecah jadi usaha-usaha pada masa hadapan adalah untuk mewujudkan satu ‘playing field’ yang jelas dan mengenal pasti pembaharuan dasar yang diperlukan untuk pilihanraya yang bebas dan adil.
- Pendedahan ini memberikan kita satu kefahaman, bahawa terdapat banyak usaha tangan-tangan asing, untuk masuk dan mencaturkan suasana politik dalam negara kita.
Sumber:
- Soros.dcleaks.com
- http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/leaked-minutes-show-planned-foreign-intervention-in-polls
Oleh:
Syakirah Kharal Anuar
Kolumnis Focus.
Sumber:
- Soros.dcleaks.com
- http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/leaked-minutes-show-planned-foreign-intervention-in-polls