Dunia Islam masih punya harapan?

12274699_1228359443847794_8527080386823607665_n

Alhamdulillah, selesai sudah program KL Summit 2015, anjuran Malaysia Turkey Arab Europe Friendship Foundation. Program yang menghimpunkan, para pemimpin serta pemikir, dari serata dunia. Salah satu milestone dalam hidup saya juga dan rakan-rakan di Interdisciplinary Research and International Strategy – IRIS Institute, terlibat secara langsung sebagai tenaga kerja untuk program bertaraf antarabangsa ini buat kali ke 4. Ada beberapa resolusi perkongsian pengalaman yang saya boleh coretkan di sini dari perspektif peribadi.

1) Dunia Islam sudah sekian lama hidup dalam bayangan barat, sehingga mereka berasa “rendah diri” untuk membina satu kekuatan baru bagi melawan hegemoni barat. Sebaliknya mereka berpada untuk hidup dan bermain dalam sistem barat.

2) Dunia Islam lupa bahawa mereka punya aset yang sangat besar. Dengan kekuatan 1.3 bilion jumlah penganut Islam, beserta oil reserve yang terbesar di dunia, ada kekayaan hasil bumi, memegang tampuk kekuasaan 57 daripada 180 negara di seluruh dunia, adakah kita tidak mampu membina kekuatan sendiri? Dan mendatangkan kesan signifikan pada dunia?

3) Bak kata Tun Mahathir, kita mungkin tidak mampu untuk menyatukan keseluruhan 1.3 bilion ummat Islam, ataupun menyatukan keseluruhan kerajaan Islam agar bergerak secara senada, tetapi jika kita dapat mengumpulkan, 1/3 kekuatan ummat Islam dan 1/3 negara-negara Islam, kita mampu lakukan sesuatu.

4) Melalui program seperti KL summit ini, dunia Islam, boleh berkongsi masalah yang berlaku di setiap negara mereka, serta berkongsi solusi dan penyelesaian bersama. Satu point penting di sini adalah, kita bertindak secara berstrategi, tidak hanya berasaskan emosi semata-mata.

5) Apabila kita mengetahui realiti setempat yang berlaku dengan jelas, berdasarkan fakta dan data, kita mampu merangka unjuran tindakan ke hadapan dengan lebih tepat. Serta boleh mengurangkan risiko keburukan yang berlaku pada masa hadapan.

6) Pemuda sebagai aset utama dunia Islam pada hari ini, perlu segera bangkit dari lena, keluar dari zon selesa, dan push diri agak berfikir dan bertindak sebagai seorang pemimpin.

7) Kesatuan dari sudut pemikiran dan juga tindakan, adalah satu formula utuh dalam proses kebangkitan ini. Hal ini penting supaya dunia Islam berkongsi visi dan misi yang sama. Serta bijak membaca politik dunia yang berlaku pada hari ini. Kerana hakikatnya, pertembungan sesama blok-blok kuasa dunia sekarang adalah pertembungan yang dicipta untuk melorongkan dunia kepada orde yang baru.

8) Pertembungan ini jika tidak bijak ditangani akhirnya akan meleburkan kuasa wewenang umat islam, apabila sedikit demi sedikit kedaulatan negara tergadai kerana menurut sahaja perjanjian berat sebelah yang ditandatangani.

9) Dunia Islam harus mengambil kesempatan, dengan kesilapan-kesilapan yang ditimbulkan barat berupa bibit-bibit awal kejatuhan sebuah empayar, mencipta ruang dan peluang untuk membina peradaban dan sistem sendiri pada masa hadapan.

Wallahualam

Asyraf Farique
IRIS INSTITUTE
Ketua Editor FOCUS

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rusia meluluskan sekatan ekonomi terhadap Turki

Next Post

Komplot Lee Kuan Yew dan Israel Didedahkan

Related Posts
Skip to content