Rusia meluluskan sekatan ekonomi terhadap Turki

565dace4c361883a638b4580

Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev telah menandatangani satu pekeliling yang melarang pengimportan makanan dari Turki dan membatalkan penerbangan charter antara kedua-dua negara. Ini adalah sebagai tindak balas ke atas Turki kerana menembak jatuh kapal terbang perang Rusia di Syria minggu lalu.

Senarai produk makanan yang dikenakan sekatan termasuk ayam, tomato, timun, bawang, oren, anggur, epal, pic dan buah-buahan lain serta sayur-sayuran.

Dengan pengharaman penerbangan charter kerajaan Rusia berkata ia akan dengan sendirinya mengehadkan jadual penerbangan antara Rusia dan Turki.

“Kami akan mengharamkan penerbangan charter antara Rusia dan Turki, menjangkakan penerbangan khas bagi proses penghantaran pulang pelancong yang tinggal di negara ini, dan juga mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan keselamatan penerbangan apabila menjalankan penerbangan biasa dengan republik Turki,” kata satu kenyataan kerajaan.

Majikan-majikan di Rusia akan dilarang daripada mengambil warga Turki sebagai pekerja mulai tahun depan kecuali jika mereka sudah bekerja sebelum 31 Disember tahun ini.

Rusia juga telah membatalkan perjalanan tanpa visa kepada warga Turki bermula 1 Januari 2016.

Kremlin juga berkata ia akan menggantung usaha sama antara Suruhanjaya Antara Kerajaan Rusia-Turki mengenai Perdagangan dan Kerjasama Ekonomi.
Seperti yang telah dijangkakan, sekatan yang diadakan mengecualikan projek Turki Stream saluran paip gas asli atau pelan pembinaan pusat janakuasa Akkuyu nuklear di Turki.

Sementara itu, sumber memberitahu RIA Novosti bahawa rundingan dua hala mengenai pembinaan saluran paip gas Rusia-Turki utama, serta loji kuasa nuklear pertama Turki, telah berhenti pada hari Selasa lepas.

“Rundingan mengenai projek ini telah dihentikan,” kata sumber itu. “Sudah tentu, sekatan Rusia kepada Turki tidak menjejaskan penghantaran gas semasa dari Rusia ke Turki. Ia akan diteruskan dengan mematuhi kontrak yang sedia ada. ”

Rusia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Turki pada suku kedua tahun ini. Turki adalah sebahagian besarnya bergantung kepada pelancong Rusia yang membentuk 10 peratus daripada semua pengunjung yang datang ke negara ini. Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini 3.3 juta pelancong mengunjungiTurki.

Menurut Gabungan Pemilik Hotel Turki TUROFED, Ankara akan kehilangan sebanyak $ 45bilion tahun ini daripada pengurangan jumlah pelancong Rusia semata-mata.

Timbalan dari Parti Republikan Rakyat Turki berkata kerugian keseluruhan di negara ini boleh mencapai $ 20 bilion.

Selasa lepas, pesawat pengebom Rusia Su-24 telah ditembak jatuh oleh jet Turki F-16 berhampiran sempadan Turki-Syria. Ankara mendakwa pesawat itu melanggar ruang udara dan tidak bertindak balas terhadap amaran. Moscow menegaskan tiada amaran dikeluarkan dan kapal terbang itu ditembak jatuh dan terhempas di Syria.

 

Terjemahan : Mohd Khairil Alias

Sumber: RT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turki tidak perlu memohon maaf kepada Rusia

Next Post

Dunia Islam masih punya harapan?

Related Posts
Skip to content