Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap Mursi

image

 

 

CAIRO, 16 MEI – Mahkamah Mesir hari ini memutuskan hukuman mati terhadap mantan presiden Mohamed Mursi dan 106 orang penyokong Ikhwanul Muslimin (IM) susulan cubaan melarikan diri dari tahanan pada 2011. Mursi memenangi pilihan raya 2012 selepas kejatuhan presiden Husni Mubarak, namun digulingkan oleh pemerintahan tentera Mesir setahun kemudian berikutan kecaman rakyat terhadap sistem pemerintahan beliau.

Mursi dan defendan lain, termasuk pemimpin atasan IM, Mohamed Badie, disabitkan kesalahan menculik, menyerang dan membunuh anggota polis, serta cubaan melarikan diri dari tahanan pada 2011.

Keputusan mahkamah Mesir mendapat kutukan daripada IM, Amnesty International dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.

Mahkamah yang sepatutnya memutuskan hukuman pada 2 Jun, turut menetapkan hukuman mati terhadap pemimpin Ikhwanul Muslimin, Khairat el-Shater dan 15 yang lain dalam perbicaraan yang berbeza.

Lazimnya, arahan hukuman mati akan dirujuk kepada Mufti Besar Mesir, Mufti Shawqi Allam, sebelum hukuman sebenar dilaksanakan. Namun, pandangan beliau sebenarnya tidak bererti di sisi undang-undang.

Mursi boleh membuat rayuan bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut walaupun keputusan mahkamah sebenarnya adalah tidak sah, kerana segala perbicaraan dan pertuduhan ke atas beliau selama ini adalah antara rancangan bekas Jeneral Tentera Abdel Fattah al-Sisi dalam usaha menggulingkan Mursi pada 2013.

Mursi yang duduk di dalam kandang pesalah kelihatan tenang dan terus tersenyum sambil mengangkat tangannya sementara hakim Shaaban al-Shami membaca pertuduhan ke atas beliau Sabtu lalu.

Defendan-defendan lain dilihat turut mengangkat tangan 4-jari, tanda Rabia, sebagai simbolik kepada kekuatan mereka menghadapi kecaman terhadap golongan IM oleh kerajaan Mesir. Sheikh Youssef al-Qaradawi, antara yang dijatuhkan hukuman mati di atas tuduhan yang sama.

Pengasas sayap kanan Ikhwanul Muslimin, Freedom and Justice Party (FJP), Amr Darrag, mengutuk keputusan mahkamah dan memohon agensi-agensi antarabangsa untuk mengambil tindakan segera.

Amnesty International menyatakan keputusan mahkamah sebagai, ” a charade based on null and void procedures” kerana beliau tidak dibernarkan diwakili oleh mana-mana peguam dan meminta Mursi dibebaskan dan dibicarakan semula di Mahkamah Sivil.

Erdogan mengkritik Mesir keputusan mahkamah Mesir dan merasakan negara-negara Barat yang mempunyai hubungan dengan Mesir bersifat hipokrit; ” Hukuman mati dimansuhkan dari hari ke hari di Barat, mereka hanya melihat pelaksanaan hukuman mati diteruskan di Mesir dan tidak berbuat apa-apa tentangnya.” IM mempunyai hubungan kerjasama yang erat dengan parti AK.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa mengutuk pihak berkuasa Mesir yang bertindak kejam terhadap penyokong-penyokong IM dan juga aktivis-aktivis sekular. Sehingga hari ini, anggota keselamatan Mesir telah membunuh hampir 1,000 penyokong IM dan memenjarakan ribuan yang lain.

Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam tertua di Timur Tengah, yang tidak mendokong keganasan telah berjaya bertahan dan mendapat sokongan serta perhatian dunia meskipun seringkali dikaitkan sebagai pengganas.

Berikutan cubaan melepaskan diri dari tahanan ini, pihak pendakwaraya menuduh gerakan IM telah menghantar pengikut-pengikutnya ke Semenanjung Gaza untuk mengikuti latihan ketenteraan oleh kumpulan Hezbollah dan Iranian Revolutionary Group; yang sekembali dari latihan akan menyertai kumpulan militan di Semenanjung Sinai.

Kumpulan-kumpulan militan Islam kian berleluasa mengebom, menembak anggota keselamatan tempatan, semenjak kejatuhan Mursi; mengorbankan ratusan nyawa. Menteri Dalam Negeri Mesir menyatakan, anggota polis turut dibunuh di luar Cairo oleh lelaki bersenjata yang menaiki motosikal.

Sabtu lalu, empat orang, tiga daripadanya adalah hakim, telah dibunuh di Utara Sinai di bandar al-Arish, apabila kumpulan militan menembak kenderaan yang mereka naiki; merupakan serangan pertama yang mensasarkan para hakim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syiah Cuba Merampas Kuasa

Next Post

PBB ambil berat krisis bot pelarian di Asia Tenggara

Related Posts
Skip to content