Filipina sedang membangunkan lapangan terbang di pulau Thitu yang berada di bawah kawalannya di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan. Pada hujung tahun lepas, speaker Dewan Rakyat Filipina, Martin Romualdez memperuntukkan 3 bilion pesos bagi projek pembangunan Lapangan Terbang Pulau Pag-asa. Pembinaan lapangan terbang itu adalah bagi menyediakan fasiliti perjalanan pergi dan balik kepada warga dan anggota tentera Filipina yang tinggal di pulau itu. Sementara itu, Pulau Thitu atau dikenali sebagai Pulau Pag-asa pada awal tahun ini menerima tambahan 1.5 billion pesos bagi projek perluasan landasan terbangnya. – (Bloomberg, PhilStar)
Selain Pulau Thitu, Filipina juga sedang giat membangunkan infrastruktur di pulau-pulau dibawah jajahanya di Laut China Selatan. Pada awal tahun ini, Kongres Filipina mengumumkan bajet sebanyak 800 juta pesos bagi pembangunan pelabuhan di Pulau Nanshan. – (Taipei Times)
Pulau Balabac, salah satu daripada sembilan pangkalan tentera Filipina dibawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang Dipertingkat (EDCA) juga hampir siap. Presiden Ferdinand Marcos Jr berkata kami berada di peringkat akhir mengusahakan landasan tentera di Balabac, terutamanya kerana Palawan akan memainkan peranan besar dalam keselamatan negara. – (Bloomberg)
Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang Dipertingkat (EDCA) yang dimeterai antara A.S. dan Filipina pada 2015 memberikan akses kepada tentera AS ke atas lima pangkalan tentera Filipina. Sejak daripada itu, A.S. telah memperuntukkan 82 juta dolar bagi pembangunan pangkalan udara Cesar Basa di Pampanga, pangkalan tentera Fort Magsaysay, pangkalan udara Lumbia, pangkalan udara Antonio Bautista dan pangkalan udara Mactan Benito Ebuen. – (U.S. Embassy in the Phillpines)
Pada Februari 2023, Filipina memberi akses kepada A.S. ke atas empat lagi pangkalan tentera dengan tiga daripadanya terletak berdekatan dengan Taiwan, manakala yang keempat berada berdekatan dengan Laut China Selatan. Pangkalan itu termasuk pangkalan tentera laut dan lapangan terbang di wilayah Cagayan, kem tentera di wilayah Isabela, dan Pulau Balabac di wilayah Palawan. – (U.S. DOD)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute