Hutang matang dan defisit sebab utama hutang dalam negeri kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion

Kerajaan telah membuat pinjaman kasar baharu berjumlah RM70.5 bilion bagi membayar hutang matang dan menampung defisit bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. Menurut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pinjaman kasar tersebut meliputi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (RM34.5 bilion) dan bil Perbendaharaan (RM6 bilion). – (Sinar Harian)

Tambah beliau, secara amnya, peningkatan hutang kerajaan Persekutuan saban tahun adalah berikutan keperluan kerajaan membuat pinjaman bagi membiayai defisit fiskal iaitu untuk menampung perbelanjaan pembangunan (DE). – (Bernama)

Berdasarkan laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, kerajaan dijangka memperuntukan RM92 bilion bagi perbelanjaan pengurusan (DE) dengan sektor ekonomi menerima peruntukan terbesar sebanyak RM45.23 bilion, diikuti sosial (RM28.32 bilion), keselamatan (RM12.55 bilion), pentadbiran (RM3.90 bilion), dan simpanan luar jangka (RM2 bilion). – (Belanjawan 2024)

Walau bagaimanapun, perbelanjaan mengurus (OE) masih mendominasi jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan saban tahun. Pada 2023, perbelanjaan mengurus bagi membiayai membiayai keperluan subsidi tambahan dan langkah di bawah kerangka Ekonomi MADANI mencatatkan jumlah sebanyak RM300.1 bilion, mengatasi perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM97 bilion. Manakala, bagi tahun ini, OE diunjur meningkat kepada RM304 bilion berbanding DE yang dijangka menurun kepada RM90 bilion. – (Tinjauan Fiskal 2024)

Sementara itu, kedudukan kewangan kerajaan persekutuan kekal mencatatkan defisit saban tahun. Pada 2023, kerajaan persekutuan mengalami defisit sebanyak RM93 bilion berikutan mencatatkan perbelanjaan berjumlah RM397.1 bilion, mengatasi pendapatan (RM303 bilion). Manakala, Kementerian Kewangan menjangkakan, peratusan defisit negara menurun kepada 4.3 peratus daripada KDNK pada 2024 memandangkan berlaku penurunan jumlah defisit kepada RM85 bilion. – (Tinjauan Fiskal 2024)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat akan tempatkan senjata nuklear di Semenanjung Korea selepas pimpin trend pembinaan kuasa nuklear di Asia Tenggara

Next Post

Kebergantungan Malaysia terhadap China dalam pembangunan pendidikan TVET

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content