Jumlah Batal Tanah Rizab Melayu di Selangor Lebih Tinggi Berbanding Jumlah Ganti, Risiko Kurangkan Keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor

Berdasarkan jawapan bertulis Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023, jumlah keluasan tanah rizab Melayu (TRM) setakat ini adalah 401,568.41 ekar (162,508.97 hektar). Sementara itu, data pembatalan untuk penggantian TRM di Selangor menunjukkan jumlah yang dibatalkan adalah 12,187.95 ekar, manakala jumlah ganti adalah 5,570.18 ekar. (DewanSelangor)

Meskipun jumlah keluasan TRM di Selangor dikatakan meningkat sebanyak 29.13 peratus berbanding pada tahun 1948 seluas 310,969.76731 ekar (125,845.00 hektar), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, berkata sehingga kini terdapat peningkatan dan penurunan data keluasan tanah rizab Melayu di Selangor dalam tempoh berkenan. Tambahnya, “Ini berikutan kesan pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan infrastruktur awam dan pengambilan semula tanah untuk kemudahan awam seperti pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, loji rawatan air, dan sebagainya. (BH)

Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan kerajaan, keluasan kawasan pewartaan tanah rizab Melayu sehingga 31 Disember 2022 adalah berjumlah 4,996,406.42 hektar. Ini menunjukkan bahawa Tanah Rizab Melayu merangkumi 37.9 peratus daripada jumlah keseluruhan semenanjung Malaysia yang berkeluasan 13,159,800 hektar iaitu masih dibawah 50% daripada jumlah keluasan Semenanjung Malaysia. (Sinar Harian)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China Luaskan Aktiviti Pemetaan Bawah Laut di Lautan Hindi, Bakal Dimanfaatkan Untuk Penguasaan Sumber dan Objektif Ketenteraan Berdepan Taiwan

Next Post

Perlaksanaan PADU Tergesa-gesa, Berisiko kepada Keselamatan Data Sosioekonomi Negara

Related Posts

RADAR EDISI 95

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9520-22 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Politik 1. PH tubuh Jawatankuasa Khas kurangkan jumlah penjawat…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content