Jurang Peruntukan Kepada Setiap Sekolah Persendirian Cina Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Berbanding Sekolah Agama

Kerajaan Malaysia terus meningkatkan bantuan kewangan kepada sekolah persendirian Cina, yang kini hampir tiga kali ganda berbanding peruntukan kepada sekolah pondok, tahfiz, dan sekolah agama rakyat.

Pada 11 Januari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan bantuan kerajaan berjumlah RM20.16 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara dengan setiap sekolah menerima purata RM320,000. – Hmetro

Anwar berkata, “memang sebelum ini (peruntukan sekolah persendirian Cina) ada tetapi untuk tahun ini, saya memutuskan untuk menyerahkan sendiri bantuan kerajaan ini kepada 63 sekolah persendirian Cina (seluruh negara) yang masing-masing akan memperoleh RM320,000.” – Hmetro

Data menunjukkan peruntukan kerajaan kepada sekolah persendirian Cina terus meningkat setiap tahun. Pada 2019, sejumlah RM12 juta diperuntukkan, sebelum meningkat kepada RM15 juta pada 2020, RM18.9 juta pada 2024, dan akhirnya RM20.16 juta pada 2025. – MalaysiaKini, MalaysiaKini, Hmetro

Namun, peningkatan ini mencetuskan perdebatan apabila dibandingkan dengan peruntukan kepada institusi pendidikan agama. Walaupun belanjawan untuk sekolah agama turut bertambah, iaitu daripada RM125 juta pada 2019 kepada RM150 juta pada 2025, purata pembahagian per sekolah tetap jauh lebih rendah. – MOF2019, MOF2025

Ketidakseimbangan ini turut dibangkitkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, yang pada 2023 mempersoalkan keadilan agihan peruntukan tersebut.

Katanya, “Agihan peruntukan ini membangkitkan persoalan dari segi purata jumlah peruntukan, sebagai contoh RM150 juta bagi 1,276 buah sekolah (Institusi Sekolah Agama Berdaftar) yang membawa maksud setiap satu sekolah hanya dapat RM117,500. – Bharian

“Ini dibandingkan dengan peruntukan sebanyak RM15.7 juta bagi 63 buah SMPC dengan setiap sekolah akan mendapat dana RM250,00. Kelulusan itu perlu disemak semula dan diseragamkan.” – Bharian

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Dijangka Hadapi Krisis Air Dalam Tempoh Tiga Tahun, Pusat Data Guna Air Minuman Untuk Penyejukan dan Operasi

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content