Komentar: China akan menyerang Taiwan?

Komentar

Kerajaan Taiwan sekarang di bawah Tsai Ing Wen sememangnya pro-independent. Kerajaan sekarang merangka polisi look south (polisi luar dalam membina hubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara) untuk mengurangkan kebergantungan perdagangan kepada China, dan mungkin sebagai persediaan sekiranya Taiwan mahukan kemerdekaan mutlak.

Beberapa bulan yang lepas, semasa PLA menyambut ulang tahun ke 90, PLA mengadakan eksesais ‘deep insertion’ terhadap bangunan Presiden Taiwan yang berskala 1:1.

Amerika pula akan terus mengunakan Taiwan sebagai alat timbang tara dalam geopolitik di Asia Timur, bagi melawan hegemoni China China.

Kenapa ianya penting?

Tindakan China bagi memastikan Taiwan tidak akan mendapat sebarang kemerdekaan boleh difahami atas 3 sebab:

1. Keluarnya Taiwan dari wilayah kekuasan China ertinya mencabar kedaulatan kuasa China
2. Parti Komunis China akan dilihat lemah dan hilang sokongan khususnya daripada nasionalis China.
3. Hilang Taiwan ertinya China secara atas kertasnya tewas secara geopolitik dengan Amerika Syarikat di Asia Timur

Oleh:

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

COO IRIS INSTITUTE
Sarjana Strategi dan Diplomasi IDFR-UKM

 

Dapatkan buku PengChinaan Malaysia di pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

ECRL alat Geoekonomi China

Next Post

Pelabuhan Lysekil dikuasai China

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content