Rumusan mingguan edisi ini menyentuh beberapa isu utama dalam dan luar negara yang memberi implikasi politik ekonomi dan juga keselamatan.
Bagi rumusan berita dalam negara, isu bagi politik adalah berkenaan isu konflik antara DAP-Mahathir, isu pengurangan jumlah penjawat awam juga isu pertikaian sempadan Sabah-Filipina.
Bagi ekonomi pula, berita yang dipantau adalah perkembangan terkini pelaburan China di Malaysia, melibatkan projek ECRL dan Bon Panda serta isu penstrukturan semula model ekonomi negara oleh Tun Mahathir dan prestasi terkini ekonomi negara.
Manakala antara isu keselamatan yang perlu diberi perhatian adalah berkenaan saranan Tun Mahathir agar ATM meningkatkan keupayaan risikan dalam menangani ancaman keganasan dan juga kerjasama agensi risikan antara Singapura dan Malaysia.
Bagi rumusan berita luar negara, isu yang dipantau adalah berkaitan peningkatan aset ketenteraan Singapura. Antaranya adalah berkenaan penubuhan Sekolah Siber Tentera, pembinaan pusat latihan seluas 300,000 hektar Singapura di Queensland, Australia, dan pembelian Kapal Selam Sweeden oleh angkatan tentera laut Singapura.
[membership level=”1″] [/membership] [membership level=”0,-1″]OR
[/membership]