Lebih 38000 Hektar Sawah Padi Terjejas di Malaysia Akibat Banjir, Kerajaan Kurangkan Harga Beras Putih Import

Kerajaan akan melakukan pengurangan harga beras putih import sebagai tindak balas kepada lebih 38000 hektar sawah padi yang terjejas akibat banjir di Kedah dan Kelantan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kekurangan bekalan ini tidak dapat dielakkan kerana sektor penanaman padi merupakan sektor yang paling teruk terjejas akibat banjir, diikuti dengan sektor tanaman sayur-sayuran, penternakan, dan akuakultur. – The Edge

“Jadi, kita mungkin menampung kekurangan ini dengan beras import yang harganya telah turun dan kini berada pada harga yang baik di pasaran antarabangsa. Harga import sebelum ini boleh mencecah RM3,200 hingga RM3,300 (setan); kini ia hanya RM2,800,” – The Edge

Hasil daripada perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa 1 Disember. – Bernama

Pada ketika ini, sekitar 12,600 hektar sawah padi telah ditenggelami air di Kedah, manakala lebih 26,000 hektar sawah padi di Kelantan turut mengalami nasib yang sama. The Edge

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Warga China Ungguli Jumlah Ekspatriat di Malaysia, Penuhi Kerja Berkemahiran Tinggi dalam Projek China

Next Post

Kerajaan Batal Hasrat Semak Semula Perjanjian Air dengan Singapura, Ingin Penuhi Permintaan Pusat Data dan Industri Semikonduktor di Johor

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content