
Isi Kandungan
- Konsortium milik Kuok, RHB dan YTL antara penerima lesen mengoperasikan Bank Digital daripada Bank Negara Malaysia
- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka meningkat seawal Julai, ekonomi negara tidak menentu
- 5 Kartel Didakwa Kawal Rantaian Industri Ayam Malaysia
Bagi pelanggan Eksklusif, Sila Login terlebih dahulu untuk baca laporan penuh
Konsortium milik Kuok, RHB dan YTL antara penerima lesen mengoperasikan Bank Digital daripada Bank Negara Malaysia
Baru-baru ini Bank Negara Malaysia telah mengumumkan konsortium yang menerima lesen untuk mengoperasikan Bank Digital di Malaysia. Antara penerima tersebut adalah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd; konsortium GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd; konsortium Sea Limited dan YTL Digital Capital.
Konsortium ini akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK). Manakala dua lagi penerima iaitu konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Bhd dan MoneyLion Inc serta KAF Investment Bank Sdn Bhd akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) The Star.
Bank digital memiliki fungsi yang hampir sama dengan bank tradisional atau fizikal dengan menawarkan perkhidmatan seperti simpanan kewangan, pengeluaran, pemindahan, bahagian deposit, dan aliran data transaksi. Bank ini mensasarkan perkhidmatan kepada kumpulan penduduk yang berpendapatan rendah dan sukar mendapatkan pinjaman serta perniagaan berskala kecil.
Latar belakang konsortium:
| Nama Konsortium | Profil Syarikat 1 | Profil Syarikat 2 |
| Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd | Boost Holdings Sdn Bhd dimiliki 75.36% Axiata Group, 21.9% Great Eastern (OCBC) | Rhb Bank Bhd dimiliki 42.1% EPF, 10.1% OSK Holdings Bhd (Ong Leong Huat) |
| GXS Bank Pte Ltd (55.45%) dan Kuok Brothers Sdn Bhd (44.55%) | GXS Bank Pte Ltd dimiliki oleh Grab & Singtel | Kuok Brothers Sdn Bhd dimiliki oleh Robert Kuok |
| Sea Limited dan YTL Digital Capital | Sea Limited dimiliki oleh Forest Li dan Kuok | YTL Digital Capital dimiliki oleh YTL |
| AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Bhd | AEON Financial Service Co Ltd dimiliki Aeon Co Ltd Jepun | AEON Credit Service (M) Bhd |
| MoneyLion Inc serta KAF Investment Bank Sdn Bhd | MoneyLion Inc dimiliki oleh Dee Choubey | KAF Investment Bank Sdn Bhd (Tengku Noor Zakiah) |
Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka meningkat seawal Julai, ekonomi negara tidak menentu
Lembaga Simpanan Persekutuan (FED) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan kadar faedah terbesar sejak 2000 iaitu setengah mata peratusan, dalam usaha mengawal inflasi yang meningkat ketara di negara itu. Selepas kenaikan suku mata pada Mac, penetapan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bank pusat AS terbaru itu menjadikan kadar faedah penanda aras melebihi 0.75 peratus. Kenaikan itu akan meningkatkan kos semua jenis pinjaman termasuk pinjaman rumah, kad kredit hingga ke pinjaman kereta, sekali gus mengurangkan permintaan dan aktiviti perniagaan Berita Harian.
Kenaikan kadar faedah itu, antara faktor utama mendorong kejatuhan nilai Ringgit. Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan 9 Mei, di tengah-tengah permintaan kukuh terhadap dolar AS, kata penganalisis. Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga tidak menentu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan trend penurunan ringgit ini dijangka berterusan Bernama.
Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman, (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman tempatan pada separuh kedua tahun ini. BNM, menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan mengadakan mesyuarat berikutnya bagi memutuskan OPR pada 11 Mei ini, namun mesyuarat pertama bagi separuh kedua 2022 akan diadakan pada 6 Julai depan Berita Harian.
5 Kartel Didakwa Kawal Rantaian Industri Ayam Malaysia
Sebanyak lima kartel didakwa telah berpuluh tahun menguasai keseluruhan rantaian industri ayam di negara ini dan memonopoli sektor penting makanan negara bernilai RM10 bilion setiap tahun. Sumber dalaman industri mendedahkan, kartel-kartel ini menguasai hampir 70 peratus daripada keseluruhan bekalan 2.2 juta ekor di pasaran setiap hari pada masa ini, iaitu kira-kira 1.5 juta ekor ayam Utusan Malaysia.
Mereka mewujudkan rangkaian bisnes bagi menguasai sektor lain dalam industri ayam negara, termasuk mengawal pengeluaran makanan dedak ayam, menguasai import jagung untuk ramuan makanan ternakan, mengawal kegiatan import ayam sejuk beku secara haram selain memonopoli permit import (AP) ayam sejuk beku.
Sumber tersebut juga mendakwa , antara alasan kartel bahawa harga ayam di pasaran sukar dikawal, adalah akibat kenaikan harga jagung yang diimport, sedangkan kos itu bukan ditanggung kartel sebaliknya dibayar oleh penternak. Sumber juga mendakwa kartel juga mensabotaj usaha kerajaan memperkenalkan bahan alternatif dalam dedak ayam menggunakan isirong kelapa sawit (PKE).
Walaupun begitu, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM)1 Penasihat kepada FLFAM adalah, Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang (Leong Hup International Bhd)Dato Fong Kok Yong (Sinmah Capital) dan Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee (Chop Cheong Bee Sdn Bhd), yang dikawal oleh syarikat konglomerat ini, menafikan kewujudan kartel yang menguasai rantaian industri ayam negara ini FLFAM. Penasihatnya, Datuk Jeffrey Ng berkata, ia merupakan dakwaan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali terhadap golongan penternak. Sementara itu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh juga turut menafikan kewujudan kartel tersebut MAFI.
Menurut laporan (The Edge), konglomerat utama industri ayam kini hanya tinggal 11 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia, berbanding 13 syarikat 5 tahun lalu. Ini berikutan keadaan kewangan syarikat yang tidak menentu. Beberapa buah syarikat seperti DBE Gurney Resources Bhd, syarikat Ayam terbesar di Perak milik keluarga Ding telah beralih kepada perniagaan hartanah dan dikenali sebagai Lagenda Properties Bhd. Hal yang sama juga berlaku kepada LTKM dan juga Sinmah. Syarikat-syarikat ini merancang untuk menjual majoriti pegangan saham mereka dan beralih kepada perniagaan hartanah.
Latar belakang syarikat yang menguasai industri ayam di Malaysia berdasarkan saiz pasaran (The Edge):
| Syarikat | Saiz Pasaran (RM mil) | Pemilikan Terbesar (RM mil) | Pemilikan Individu |
| QL Resources | 12,435.99 | CBG L Pte Ltd (40.25%) | Keluarga Chia QL |
| Leong Hup International | 1,916.25 | Emerging Glory Sdn Bhd (52.8%) | Keluarga Lau Leong Hup |
| Malayan Flour Mills | 662.94 | Teh Wee Chye (11.77%) | Teh Wee Chye Malayan Flour Mills |
| CAB Cakaran | 357.97 | Chuah Ah Bee (28.19%) | Chuah Ah Bee CAB Cakaran |
| CCK Consolidated | 352.80 | Central Coldst SA Sdn Bhd (22.13%) | Tiong Su Kouk CCK Consolidated |
| Teo Seng Capital | 260.06 | Emerging Glory Sdn Bhd (54.62%) | Keluarga Lau (Leong Hup) |
| LTKM | 194.64 | Ladang Ternakan Kelang (67.36%) | Chiau Beng Teik The Edge |
| Lay Hong | 170.27 | Innofarm Sdn Bhd (24.57%) | Hoong Chai Yap Bloomberg |
| PWF Corp | 115.47 | SL Gold Sdn Bhd (21.11%) | Siah Gim Eng PWF Corp |
| TPC Plus | 64.73 | Huat Lai Resources Bhd (59.02%) | Keluarga Lim Yeow Her Sparrow |
| Sinmah Capital | 55.70 | Tong Hong Chye (5.33%) | Toh Hong Chye Sinmah Capital Bhd |
Disediakan Oleh:
Unit Pantauan Semasa
IRIS Institute