Makmal nadir bumi beroperasi bulan depan, potensi kurangkan kebergantungan kepada China dalam rantaian bekalan NR-REE

Perak menjadi perintis kepada pembangunan makmal untuk menentusahkan unsur nadi bumi bukan radioaktif (NR-REE), yang berpotensi mengangkat kedudukan Perak dalam rantaian bekalan NR-REE serta mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan kepakaran dari China.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, makmal yang dikenali sebagai Terra Mineral Lab itu mampu menentukan sama ada REE tersebut mempunyai radioaktif atau tidak dan membezakan NR-REE dengan mineral lain. Tambahnya, Terra Mineral Lab bakal menggantikan tugas yang ketika ini digalas oleh sebuah syarikat di Nanning, China. – (Berita Harian)

Pada masa sama, Datuk Seri Saarani juga memaklumkan kerajaan Perak sedang meneliti dan mengkaji untuk mewujudkan khidmat pengasingan NR-REE kepada beberapa elemen. Oleh itu, sebuah syarikat tempatan yang tidak didedahkan diminta untuk membuktikan kemampuan mereka menjelang November ini. – (Berita Harian)

Terdahulu, pada 11 Mei 2022, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah meluluskan permohonan untuk tanah pertanian seluas 1,546 hektar di bawah pemilikan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan FELCRA Berhad digunakan sebagai kawasan perlombongan dan pusat pemprosesan mineral unsur nadir bumi. – (Parlimen)

Namun, daripada 1,546 hektar tersebut, hanya kawasan seluas 87.45 hektar di bawah pemilikan PPPNP sahaja yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai tapak projek perintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif. – (Parlimen)

Sementara itu, kerajaan Perak pada tahun lepas mendedahkan negeri itu menerima hasil royalti hampir RM16 juta hasil daripada pengeksportan nadir bumi karbonat (REC) ke negara China setakat Julai 2023. –  (Malaysia Gazette)

Bagi perlaksanaan projek, PNPP dan Menteri Besar Incorporated (MB Inc) telah melantik Aras Kuasa Sdn Bhd (AKSB), Tulus Mentari Holdings Sdn Bhd (TMSB) dan Aras Kuasa Geological Sdn Bhd (AKG) yang masing-masing mempunyai kaitan dengan Southern Alliance Mining ltd (SAM) sebagai pemaju projek. Manakala, MCRE Resources Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAM, Dato’ Seri Pek Kok Sam pula dilantik sebagai sub-operator untuk menjalankan semua operasi perlombongan. – (Sahabat Alam Malaysia)

Berdasarkan laman web rasmi MCRE, syarikat itu merupakan penerima hak eksklusif kepada teknologi perlombongan nadir bumi daripada syarikat milik kerajaan China, China Rare Earth Corporation. – (MCRE)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bank Dunia gesa Malaysia hapuskan skim pencen dalam langkah reformasi fiskal negara

Next Post

MOTAC kerjasama dengan China iktiraf tarian Singa dan Naga sebagai warisan budaya tidak ketara di UNESCO

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content