Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan graduan asing institusi pengajian tinggi tempatan bekerja di negara ini. Menurut menterinya, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, “Sekarang ini, mereka tidak dibenarkan bekerja (di Malaysia). Mungkin kita boleh melihat kawasan yang tidak mencukupi rakyat Malaysia, terutamanya dalam perkhidmatan nilai tambah (seperti) sektor teknologi tinggi, kita boleh membenarkan pelajar antarabangsa bekerja di Malaysia untuk satu tempoh masa”. (TheEdge)
Perancangan ini adalah bagi memenuhi keperluan sektor-sektor yang mengalami masalah kekurangan pekerja tempatan. Mengambil contoh sektor elektrik dan elektronik (E&E), beliau turut menyatakan sektor elektrik dan elektronik (E&E) memerlukan 50,000 jurutera, sebaliknya Malaysia hanya mengeluarkan 5,000 graduan jurutera setahun (tidak termasuk graduan asing di Malaysia dan rakyat Malaysia yang belajar di luar negara). (TheEdge)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.