Pulau Daat, Labuan Dibeli Warga Asing dengan Harga RM80 Juta, Gadai Potensi Pembangunan Sumber Alam Tempatan

Pulau Daat yang terletak kira-kira enam batu nautika dari pelabuhan dan pertengahan jalan ke Menumbok telah dibeli dengan harga kira-kira RM80 juta oleh pembeli asing dalam satu lelongan selepas beberapa percubaan awal yang tidak berjaya. Identiti pembeli tersebut masih belum diketahui. (DayakDaily)

Lelongan itu dikendalikan oleh pelelong Bumiputera susulan pembubaran Potensi Bernas Sdn Bhd (Potensi Bernas) iaitu syarikat pembangunan dan pengurusan hartanah berdaftar di Sabah selaku pemilik Pulau Daat. (Hmetro)

Difahamkan, pemilik pertama pulau itu ialah warga British, John Gavaron Treacher dan Clarence Cooper berdasarkan geran yang dikeluarkan pada tahun 1856 oleh Gabenor Labuan, George Warren Edwardes bagi pihak Ratu Victoria pada masa itu. Ia kemudian bertukar tangan kepada pemilik lain termasuk yang terakhir, Potensi Bernas. (Hmetro)

Pada tahun 2021, harga rizab yang ditetapkan bagi Pulau Daat adalah RM135 juta, kemudian ia menurun kepada RM121.5 juta pada tahun 2022. Akhirnya, pulau ini terjual dengan harga yang jauh lebih murah iaitu RM80 juta pada tahun ini. (SabahGazette)

Terdahulu, pada tahun 2012, Perbadanan Labuan berhasrat menjadikan Pulau Daat sebagai hab minyak dan gas. Pada ketika itu, kerjasama yang dibuat melibatkan syarikat RG Gas dan Syarikat China, Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd. Namun, dibatalkan berikutan geografi Pulau Daat yang cetek dan berlumpur. Selain itu, Pulau Daat juga pernah dicadang sebagai laluan bagi jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Menumbok sepanjang 9.15 kilometer. (Hmetro)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Alami Defisit Bakat yang Berterusan di Sektor Tertentu, MITI Pertimbang Serap Graduan Asing Penuhi Permintaan Sektor

Next Post

Pemilikan dan Penglibatan Syarikat Bumiputera dalam Sektor Logistik Masih Rendah, Syarikat Asing dan Bukan Bumiputera Dominasi Sektor Logistik dalam Negara

Related Posts
Skip to content