Malaysia Dijangka Hadapi Krisis Air Dalam Tempoh Tiga Tahun, Pusat Data Guna Air Minuman Untuk Penyejukan dan Operasi

Malaysia dijangka menghadapi krisis air pada bila-bila masa berikutan penggunaan air terawat atau minuman secara tidak terkawal oleh pusat data di Malaysia.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Malaysia mendakwa penggunaan air terawat secara tidak terkawal untuk penyejukan dan keperluan operasi lain oleh pusat data mengancam keselamatan air jangka panjang. The Edge

Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata “konsep kepada krisis air adalah bahawa ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia boleh berlaku tahun depan, tahun selepasnya, atau tahun berikutnya.” The Edge

Sebelum ini, Fokus melaporkan Johor kini tersenarai sebagai pasaran terbesar kepada pusat data di Malaysia dan ke-9 terbesar di Asia Pasifik apabila menjadi tuan rumah kepada 13 pusat data yang meliputi lebih 1.65 juta kaki persegi keluasan tanah. – Fokus

Sementara itu, pusat data yang berkapasiti 100MW dilaporkan menggunakan kira-kira 1.1 juta gelen air setiap hari untuk penyejukan, bersamaan dengan penggunaan air harian untuk sebuah bandar dengan 10,000 orang. – Fokus

Menurut Santiago, “itulah sebabnya kami mengatakan bahawa kita memulakan operasi pusat data dengan cara yang sangat tidak lestari, iaitu menggunakan air minuman. Dan sebab itu, kita perlu beralih dengan segera.” – The Edge

Dalam pada itu, kerajaan pada Disember 2024 telah menarik balik keputusan untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dengan Singapura bagi memenuhi permintaan pusat data dan industri semikonduktor yang sedang perkembangan pesat di Johor. – Fokus

Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, permintaan air yang semakin meningkat disebabkan oleh perkembangan pesat pusat data dan industri semikonduktor di Johor menyebabkan keperluan untuk kebergantungan berterusan terhadap Singapura. – The Edge

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Malaysia tertinggi di dunia hapus dan sekat kandungan akaun di Tiktok, tingkat kawalan ke atas penggunaan media sosial

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content