Pada musim sejuk 2013, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah melangkah sempadan Mesir di Rafah dan membuat satu lawatan yang jarang sekali berlaku iaitu melawat ketua kerajaan Gaza yang diterajui Hamas. Najib, yang negaranya tiada hubungan diplomasi dengan Israel memberitahu pemberita, “Kami faham dan yakin dengan pergelutan yang dialami oleh rakyat Palestin. Mereka mengalami tekanan dan penindasan sejak sekian lama.”
Ianya merupakan suatu yang jelas yang mana Malaysia menyebelahi Palestin dalam hal ini. Tetapi selama ini, negaranya telah mengimpot produk dari Israel yang semakin bertambah – tetapi tidak berkata tentangnya terutama apabila berada di Gaza.
Maklumat rasmi yang diterbitkan oleh Biro Pusat Statistik Israel (CBS) menyatakan hubungan perdagangan yang berkembang pesat antara kedua negara tersebut, secara senyap ,walaupun Malaysia mempunyai seorang pemimpin yang agresif yang ketika itu berada di Jerusalem dan kerajaan yang pro-Palestin di Kuala Lumpur.
Jumlah dagangan antara kedua negara tersebut pada tahun 2013 mencecah $1.529 bilion, hampir dua kali ganda dari jumlah dagangannya pada tahun 2012, berdasarkan laporan dari CBS. Nilai tersebut termasuk kebanyakan eksport Israel berjumlah $1.257 bilion. Perdagangan terus berkembang pesat : Antara Januari hingga Julai tahun 2014, yang mana eksport Israel ke Malaysia telah melonjak kepada $884.7 juta, peningkatan sebanyak 27% dari tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Sebaliknya, perdagangan luar negeri Malaysia langsung tidak menyebut nama Israel. Dalam data tahunannya pada tahun 2012, sebagai contoh, perdagangan dengan Israel diklasifikasikan sebagai dagangan dengan ‘Negara Lain’.
Terdapat sejumlah yang besar dari perkembangan perdagangan tersebut dapat dijejak dari Kiryat Gat di selatan Israel, yang mana syarikat global Intel mempunyai sebuah kilang untuk menghasilkan cip komputer. Mereka mengeksport barangan ini ke kilang pemasangan di Malaysia. Setiap penghantaran akan direkod di statistik perdagangan luar negara Israel tetapi ia diabaikan di Malaysia.
Intel merupakan syarikat yang berpangkalan di AS, tetapi kerajaan Israel telah menjanjikan pelaburan bersama sebanyak lima peratus dalam kilang Kiryat Gat yang boleh menguntungkan sebanyak sejuta shekel ($290 juta).
Selain itu, terdapat arus perdagangan yang deras yang mengalir di bawah permukaan, membuatkan ia sukar untuk mengira nilainya.
Sebilangan pengeksport Israel dan pembeli di Malaysia dan juga Indonesia, iaitu negara yang paling banyak bilangan Muslim – sedang merentangi badai politik untuk menjalankan perniagaan – yang mana sebilangan besarnya melalui negara Dunia Ketiga seperti Singapura. Kedutaan Israel di sana telah mengatakan bahawa kebanyakan perdagangan berlaku dengan cara ini, dan merujuk kes Indonesia, adalah dengan pertolongan kedutaan. Termasuk perjanjian yang dilakukan antara melalui negara Dunia Ketiga, anggaran nilai dagangan antara Israel dan Indonesia mencecah sebanyak $250 juta pada tahun 2013, 10 kali ganda daripada nilai dagangan secara langsung yang diperincikan dalam nilai rasmi iaitu sebanyak $24.9 juta.
Perdagangan secara senyap telah dijalankan antara Israel dan negara-negara yang memusuhinya selama berdekad, melalui negara yang menjadi orang tengah seperti Cyprus, Turki dan Jordan, walaupun terdapat sebilangan perdagangan secara terus dilakukan dengan negara yang seperti Arab Saudi dan Yaman. Dalam kes Asia Tenggara, tarikan eksport teknologi canggih Israel kepada ahli perniagaan di negara-negara tersebut, seolah-olah telah mendahului permusuhan politik.
Israel nampak jalan perdagangan sebagai batu loncatan yang boleh menghasilkan kerjasama dengan negara yang bermusuhan dengannya. Jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel, Paul Hirschson telah melabel jumlah perdagangan dengan Malaysia sebagai suatu “kejutan yang memberangsangkan” dan dagangan dengan Indonesia sebagai suatu yang “rendah dan mengecewakan”.
“Israel menjalankan banyak urusan perdagangan dengan negara-negara tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan kami dan kami amat gembira dengan keadaan ini,” katanya. Apabila ditanya mengenai adakah rancangan mereka itu titik tolak kepada mewujudkan dialog yang lebih rasmi, dia menjawab: “Bukanlah satu rahsia bahAwa kami telah bertemu untuk memulakan dialog yang formal bersama negara-negara ini dari masa ke semasa. Apa yang kami mahukan adalah tidak lebih daripada mewujudkan hubungan diplomasi dan pejabat-pejabat perwakilan.”
Pada masa ini, memulakan sebuah hubungan persendirian di tengah-tengah pertengkaran politik adalah suatu pencapaian yang memuaskan.
“Semasa saya di sana, saya telah menemui ahli perniagaan persendirian seperti segalanya adalah biasa,” kata Ron Doron, seorang ahli perniagaan Israel yang mempunyai pengalaman di Malaysia. “Arahan dari atasan sahaja yang membuatkan masyarakat takut.” Sentimen anti-Israel rasmi akan diperkukuhkan bilamana rakyat Malaysia membuka pasport mereka, yang mana terdapat arahan yang jelas mengatakan, “Pasport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel.”
Perkara tersebut tidak menghalang perdagangan. Bahan kimia, alatan perubatan dan farmasi adalah sebahagian daripada barang yang mempunyai permintaan yang tinggi. Mereka yang mempunyai pengetahuan tentang perdagangan tersebut mengatakan produk-produk telah ditiadakan lambangnya bagi merahsiakan tempat menghasilkan produk tersebut, dan untuk mengelakkan situasi yang membimbangkan seperti yang berlaku di Kuwait pada Januari 2014 apabila khabar angin mengatakan bahawa kentang yang diimport dari Israel dijual di pasaran.
Baru-baru ini, perkembangan politik kurang memberangsangkan, walaubagaimanapun, ia suatu kemungkinan yang mana keruntuhan dialog aman Israel-Palestin yang dianjurkan oleh AS pada April dan permusuhan dengan Hamas, tidak akan menjejaskan perdagangan. Perdagangan terus berkembang selepas peperangan dengan Gaza pada tahun 2012.
Susunan: Aiman Radzman
Sumber: TOI