Israel Meneruskan Aktiviti Pemusnahan Palestin; kini di Timur al-Quds

palestin

 

 

Regim Israel laknatullah telah memberikan ‘lampu hijau’ bagi usaha memusnahkan tiga lagi aset Palestin; termasuklah sebuah masjid di Timur al-Quds (Jerusalem), menurut sumber Palestin.

Ahad lalu, menurut laporan Palestinian Ma’an, Majdi al-Abbasi, seorang wakil Palestin dari Pusat Informasi Wadi Hilweh di Silwan, memberitahu bahawa pihak perbandaran Israel telah mengeluarkan arahan supaya sebuah apartment studio dan sebuah rumah di kawasan berkenaan dirobohkan.

Israel turut mengeluarkan arahan merobohkan Masjid al-Qaaqaa yang dibina tiga tahun lalu. Dibina di atas kawasan berkeluasan 110 meter persegi, masjid tersebut mampu memuatkan seramai 5,000 jemaah pada suatu masa.

Awal minggu ini, mahkamah Israel telah mengeluarkan arahan supaya sebuah padang bola sepak dan sebuah gudang di Silwan dimusnahkan. Silwan merupakan salah sebuah kawasan kejiranan di mana rakyat Palestin dipaksa mengorbankan aset mereka bagi memberi ruang untuk penempatan penduduk Israel.

Pada 17 Ogos lalu, beberapa buah jentolak yang diiringi oleh pihak berkuasa Israel telah memusnahkan kawasan penempatan milik lebih daripada 20 buah keluarga komuniti Jahalin Bedouin di Khan al-Ahmar di kawasan Timur al-Quds.

Menurut bahagian hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Israel telah memusnahkan lebih kurang 370 aset Palestin di Timur al-Quds dan Tebing Barat sejak awal tahun ini.

Angka yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemusnahan Tempat Tinggal Israel menunjukkan bahawa regim berkenaan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 359 buah bangunan milik Palestin di Tebing Barat pada tahun lepas.

Pada September lalu, PBB menggesa komuniti antarabangsa supaya menghentikan cadangan Israel dalam isu penempatan semula Bedouins dari Tebing Barat.

Komuniti antarabangsa mengharamkan segala binaan Israel di atas penempatan yang didiami oleh rakyat Palestin.

Lebih daripada setengah juta rakyat Israel kini tinggal di 120 penempatan haram yang dibina di atas tanah Palestin sejak  penaklukan Israel ke atas Palestin pada tahun 1967.

Rakyat Palestin tidak pernah berputus asa memperjuangkan kebebasan di kawasan Tebing Barat, Timur al-Quds dan Semenanjung Gaza yang telah dikepung, juga mengharapkan Israel menarik diri daripada mendiami kawasan penempatan rakyat Palestin.

 

Terjemahan oleh: Nureen Adnan

Sumber : PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Menyebelahi Palestin Tetapi Membeli dari Israel

Next Post

Hampir 80 ribu Tandatangan Petisyen UK Tahan Netanyahu di Britain

Related Posts
Skip to content