Malaysia sertai Proses rundingan WHO CA+ dan Pindaan IHR(2005), Risiko Luaskan Kuasa WHO atasi kuasa YDPA, Perlembagaan dan Kerajaan

Pada 27 Oktober 2023, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Malaysia masih berunding dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas pandemik (WHO CA+) dan pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005). (FMT)

Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) telah diterima pakai oleh WHO pada tahun 2005 dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-58. Ia merangkumi rangka kerja undang-undang termasuk mendefinisikan kapasiti teras negara dalam menguruskan situasi kesihatan awam yang kritikal atau yang menimbulkan kebimbangan nasional dan antarabangsa. IHR juga mempengaruhi prosedur pentadbiran yang berkaitan. (PAHO)

WHO CA+ atau Pandemic Accord pula adalah instrumen bertujuan untuk mengukuhkan dan menyelaraskan usaha nasional dan antarabangsa dalam mencegah, bersiap sedia, dan bertindak balas terhadap wabak. Pada tahun 2021, 194 negara ahli WHO termasuk Malaysia bersetuju untuk melancarkan badan perundingan antara kerajaan untuk membangunkan instrumen pandemik. (Canada)

Antara input penting bagi IHR adalah setiap negara ahli termasuk Malaysia terikat dengan peraturan IHR dan negara ahli juga perlu memberi laporan kepada IHR sekali setahun berdasarkan indikator yang disediakan. (PAHO)

Sejak tahun lepas, WHO telah mengusulkan pindaan IHR (2005) untuk rundingan negara-negara ahli. Pindaan IHR akan memperluaskan situasi yang membolehkan WHO membentuk kecemasan kesihatan awam walaupun situasi tersebut dianggap tidak mencapai kriteria kecemasan kesihatan diperingkat nasional. (Opiniojuris)

Selain itu, pindaan IHR juga menjadikan WHO penggubal undang-undang kecemasan kesihatan global. Posisi ini memberikan kuasa legislatif kepada WHO untuk mengumumkan darurat global sejurus mengenal pasti jenis penyakit atau situasi yang dianggap berisiko. Kuasa legislatif bermaksud setiap negara ahli terikat dan wajib patuh kepada arahan darurat WHO. (Opiniojuris)

Seterusnya, pindaan IHR memperluaskan skop kuasa kecemasan eksekutif WHO kepada bukan sekadar kesihatan, malah apa sahaja cadangan yang dirasakan perlu selepas mengumumkan kecemasan kesihatan atau darurat global. Antara skop kuasa yang diperluaskan adalah:

a) Menentukan penerima dan pembekal kepada produk kesihatan, pekerja kesihatan, dan kuantiti produk dikalangan negara ahli.
b) Membangun dan menyelenggara pangkalan data yang mengandungi butiran ramuan, komponen, reka bentuk, pengetahuan, proses pembuatan atau sebarang maklumat lain yang diperlukan ketika darurat.
c) Membangunkan garis panduan kawal selia yang sesuai untuk kelulusan pantas produk kesihatan
d) Membina institusi untuk mengawal informasi dan penyebaran maklumat secara global dalam media utama dan rangkaian sosial.
e) Mengawal lalu lintas antarabangsa termasuk “orang, bagasi, kargo, kontena, pengangkutan, barangan dan/atau bungkusan pos”.
f) Hak untuk mengarahkan negara tertentu untuk mengeluarkan dan membekalkan produk kesihatan termasuk teknologi dan pengetahuan kepada negara yang terpilih. (Opiniojuris)

Melihat kepada pindaan-pindaan yang sedang dirundingkan ini, peraturan baharu IHR akan mengatasi kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong di bawah perkara 150(1) dan 150(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat (Astro Awani).

Sementara itu, Elon Musk dalam ciapannya di platform X pada tahun ini berkata “negara tidak seharusnya menyerahkan kuasa kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia” sebagai respon kepada rundingan Pandemic Accord. Dalam laporan lain pula mengatakan pindaan IHR ini mempunyai persamaan dengan cadangan pindaan awal oleh Amerika Syarikat. (Opiniojuris), Reuters)

Kesimpulannya, pindaan IHR bukan sahaja mengesani sektor kesihatan sahaja, malah ia juga mengesani autonomi dan kedaulatan negara dalam sektor-sektor strategik lain seperti ekonomi, geopolitik, sumber alam, sumber manusia, data & maklumat, penyelidikan, media, dan keselamatan makanan.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Baitulmaqdis: Sejarah Pertembungan Tamadun-Tamadun Dunia

Next Post

IRIS Dijemput ke Perbincangan Meja Bulat Sekuriti Makanan di Parlimen

Related Posts
Skip to content