Utara Perlis, 24 Mei 2015- 30 kubur besar ditemui di Utara Perlis bersempadan dengan Thailand yang dipercayai tertanamnya beratus mayat yang terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh.
Penemuan ini disahkan oleh Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri di mana kubur tersebut berdekatan dengan 17 kem tahanan pemerdagangan manusia di Padang Besar dan ditemui dalam keadaan terbiar.
Akhbar The Star melaporkan 100 mayat telah ditemui dalam satu kubur pada Jumaat lalu dan aktiviti pengenalpastian dan pengesahan masih lagi dijalankan.
Namun, kebanyakan mayat yang ditemui masih lagi samar identitinya sama ada mereka terdiri daripada etnik Rohingya atau tidak.
Utara Malaysia merupakan salah satu jalan selain daripada Selatan Thailand yang digunakan oleh penjenayah pemerdangan manusia ke Asia Tenggara dengan menggunakan bot dari Myanmar dan kebanyakan mereka yang diperdagangkan merupakan etnik Rohingya yang sedang menyelamatkan diri daripada penganiayaan di Myanmar manakala warga Bangladesh pula bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan.
Penemuan kubur tersebut juga dikaitkan dengan penemuan sebuah kubur yang tertanam 26 mayat di daerah Songkla pada 1 Mei lalu.
Lebih dari 3,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh telah mendarat di Malaysia dan Indonesia pada bulan ini dan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengerahkan bantuan dan tentera laut bagi menyelamatkan ribuan mangsa tersebut.
Terjemahan oleh: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: www.aljazeera.com