Ahli Parlimen AKP, Ismet Yilmaz dilantik sebagai Speaker Parlimen yang baru

Ismet Yilmaz, yang mewakili wilayah Sivas di timur Turki, telah berkhidmat selama dua penggal sebelum ini sebagai ahli parlimen. [MP]
Ismet Yilmaz, yang mewakili wilayah Sivas di timur Turki, telah berkhidmat selama dua penggal sebelum ini sebagai ahli parlimen. [MP]
ANKARA – Ahli parlimen dari Parti Justice and Development (AKP), Ismet Yilmaz telah dipilih dan dilantik sebagai Speaker Parlimen baru Turki.

Yilmaz, yang merupakan Menteri Pertahanan dalam kerajaan AKP sebelum ini, menerima 258 undi dalam pusingan keempat dan terakhir dalam pengundian-dua hari dalam kalangan 550 ahli parlimen Grand National Assembly Turki.

Tiga ahli parlimen tidak mengundi pada pusingan akhir dan 29 membuang undi kosong. Manakala sebanyak 78 undian diputuskan tidak sah, meninggalkan Deniz Baykal daripada Republican People’s Party (CHP) memperoleh 182 undi.

Dua calon lain – Ekmeleddin Ihsanoglu, dari Nationalist Movement Party (MHP), dan Dengir Mir Mehmet Firat pro-Kurdish Peoples’ Democratic Party (HDP) – telah tersingkir pada pusingan ketiga apabila tidak memperoleh majoriti mudah .

Baykal yang bertindak sebagai Speaker sementara sejak pilihan raya 7 Jun, mengucapkan tahniah kepada Yilmaz, 53, dan berharap beliau dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagai Speaker Parlimen ke-26 Turki.

Yilmaz, yang mewakili wilayah Sivas di timur Turki, telah berkhidmat selama dua penggal sebelum ini sebagai ahli parlimen. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada bulan Julai 2011 oleh Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Farris Hanafi

Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

13 Orang Ahli Ikhwanul Muslimin Dibunuh

Next Post

Kenapa Malaysia Perlu Menolak TPPA (Siri 3)

Related Posts
Skip to content