PBB ambil berat krisis bot pelarian di Asia Tenggara

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon telah menyuarakan kebimbangan beliau berkenaan krisis kemanusiaan yang berlaku di Asia Tenggara khususnya pelarian Muslim dari Rohingya, Myanmar yang terkandas di perairan tersebut.

Beliau menyampaikan ucapan tersebut pada Ahad lepas, selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, dan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha.

Selain itu, Timbalan beliau, Jan Eliasson turut sama berbincang berkenaan krisis yang sama bersama menteri-menteri dari Bangladesh dan Indonesia.

Menurut jurucakap Ban, kedua-dua mereka (Ban dan Eliasson) mengadakan perbincangan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin rantau tersebut berkenaan “the need to protect lives and uphold international law” dalam menyelesaikan krisis pelarian yang terkandas.

sda

Pelarian Muslim Rohingya terkandas di dalam sebuah bot hanyut di perairan Thai, sekitar pulau Koh Lipe di Laut Andaman – May 14, 2015. © AFP

Kedua-dua pegawai PBB tersebut juga menggesa para pemimpin sekitar rantau itu untuk melaksanakan kewajipan menyelamat dan tidak berpaling dari kewajipan tersebut.

Ban juga menyatakan bahawa PBB bersedia untuk melaksanakan usaha-usaha membantu dengan tujuan menyelesaikan kemelut yang berlaku. Indonesia, Malaysia dan Thailand sebelum ini telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak dengan berpaling dari bot-bot pelarian Muslim Rohingya dan Bangladesh.

Sehingga kini, kerajaan Myanmar dituduh melakukan penindasan tanpa rasa perikemanusiaan secara terus-menerus dengan menekan kelompok minoriti Muslim di negara itu. Kerajaan terkutuk itu telah menolak dakwaan tersebut yang menyatakan punca krisis pelarian di Teluk Bengal yang berlaku bukanlah dari tindakan kerajaan tersebut.

Pengarah di Pejabat Presiden Myanmar, Zaw Htay menyatakan, semua ini adalah kesalahan negara-negara jiran atas sebab kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang dan kegagalan menghalang berlakunya penyeludupan manusia di rantau ini.

Myanmar tidak menerima kerakyatan hampir 1.3 juta penduduk Rohingya, serta menyekat sebarang perkembangan dan peluang ekonomi. Meskipun, penduduk Rohingya sudah duduk di Myanmar selama berabad, pihak berwajib tetap berkeras menolak hak golongan minoriti itu. Penindasan dan tekanan ini telah mengakibatkan kematian ribuan penduduk Muslim Rohingya.

Sumber : PressTV
CAH/NN/HRB

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap Mursi

Next Post

Puak Syiah Houthi Menyerbu Pejabat Pentadbiran Parti Ikhwanul Muslimin di Aden, Yaman.

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content