Pelan Damai Trump: Strategi Trasformismo Israel

Landskap Edisi 1/2020

1. “Pelan Damai” Trump atau lebih dikenali sebagai “Deal of the new century” mula dibincangkan sejak November 2017 yang lalu diketuai oleh Jared Kushner seorang pelobi Yahudi, yang juga merupakan menantu dan penasihat Donald Trump.

2. “Pelan Damai” ini mengandungi dua bahagian utama, bahagian ekonomi dibentangkan pada 22 Jun 2019 di Manama Bahrain, dan bahagian politik dibentangkan oleh Donald Trump di White House pada 28 Januari 2020.

3. Secara politiknya, pelan damai yang dilakukan ini adalah salah satu usaha trasformismo, menyerap keseluruhan PLO dan rakyat Palestin ke dalam sistem baru buatan Israel dan Amerika Syarikat, dan penjurukan Hamas ke satu penjuru secara bersendirian dan kemudian dicantas untuk mematikan terus agenda selain agenda Israel.

4. Dari sudut ekonomi, sistem pembangunan berasaskan hutang yang diperkenalkan akan memerangkap Palestin dalam sistem ekonomi pasaran terbuka, di mana polisi-polisi ekonomi mereka akan dipengaruhi pemodal asing.

5. “Pelan damai” Trump juga membuka ruang yang besar ke arah normalisasi hubungan negara Arab-Israel serta memperkukuhkan lagi hegemoni Israel terhadap Palestin dan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Persoalannya sejauh mana Hamas melihat “pelan damai” ini bukan sekadar perjanjian antara negara, Israel-Palestin dan Amerika Syarikat, tetapi melihat isu ini adalah perangkap sistem antarabangsa yang lebih besar sedang menjerat mereka?

[membership level=”1″]

Muat Turun Landskap Edisi 1/2020

[/membership] [membership level=”0,-1″]

Langgan hari ini untuk bacaan lanjut laporan penuh berjumlah 10 muka surat pada pautan di bawah

[/membership]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RADAR 2020 (Edisi 4)

Next Post

Pengurangan kuasa Raja oleh British sebelum kemerdekaan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content