Pope Francis mengadakan lawatan kerja ke Cuba pada Jumaat menyambung hubungan dengan pemimpin mazhab Kristian yang lain setelah terpisah sejak 1,000 tahun lalu sebelum meneruskan lawatan ke Mexico.
Pope kelahiran Argentina itu dijangka akan meluangkan masa selama kira-kira dua jam bersama pemimpin Ortodoks Rusia, Patriarch Kirill di lapangan terbang Jose Marti Havana, secara tertutup.
Ia akan menjadi mesyuarat pertama antara pemimpin dua gereja terbesar agama Kristian sejak 1054 berikutan peristiwa perpecahan yang membuka ruang pembentukan Eropah moden dan Timur Tengah.
Francis dan Kirill akan menandatangani satu deklarasi tindakan sementara bagi orang-orang Kristian di tempat-tempat seperti Iraq dan Syria.
Mesyuarat pada lokasi yang neutral sebenarnya telah dirancang lama dahulu. Akhirnya, pertemuan empat mata ini berjaya diadakan setelah berjaya mengetepikan perpecahan lama dan perpaduan Kristian lebih mendesak.
Membina hubungan dengan Ortodoks Kristian adalah selaras dengan usaha Francis membuat Vatican pemain yang lebih aktif dalam diplomasi antarabangsa.
“Saya hanya mahu menerima saudara Ortodoks saya,” katanya dalam satu temu bual minggu ini. Francis juga dirangka akan mengadakan pertemuandengan Rusia juga berkata “Moscow boleh menjadi rakan penting untuk keamanan di dunia”.
Francis telah menerima Presiden Vladimir Putin dua kali di Vatican sejak beliau dipilih sebagai Pope pada tahun 2013.
“Dalam pertemuan Francis dan Kirill, sebenarnya ada pemain ketiga (Putin),” pakar Vatican Marco Politi menulis dalam blog mengenai pertemuan yang bersejarah.
“Adalah terlalu naif untuk mempercayai petemua kedua-dua tokoh kristian dunia tidak berkaitan dengan keadaan geopolitik Rusia,” jelas beliau, yang merujuk kepada campur tangan Rusia di Syria.
Seorang jurucakap gereja Ortodoks di Moscow katanya “Jaminan 100%” bahawa tidak ada agenda politik di sebalik pertemuan kedua-dua pemimpin agama terbabit.
Alexander Volkov berkata beliau berharap mesyuarat itu akan membuka pintu kepada “prospek baru kerjasama bersama” tetapi menekankan bahawa penyatuan semula gereja Timur dan Barat tidak ada dalam agenda masing-masing.
Walaupun kejayaan suatu mesyuarat empat mata ini berlangsung dengan jayanya tetapi, hubungan Vatican-Ortodoks masih kekal tegang.
Isu-isu yang menyebabkan perpecahan tidak dapat diselesaikan ini adalah, terdapat ketegangan gerakan memasukkan Evengalis ke dalam Gereja Katolik di Eropah Timur. Konflik di Ukraine, permusuhan Ukraine Katolik setia kepada Gereja Barat dengan pemisah Ortodoks yang kebanyakannya Rusia.
Dinding cahaya
Ketibaan Francis ‘di Mexico pada petang Jumaat dijangka menjadikan bandar Mexico’bercahaya’, dengan beratus-ratus ribu orang dijangka membarisi laluan 12 batu dari lapangan terbang ke kediaman duta Vatican di Mexico City untuk berdoa.
Orang ramai akan memenuhi laluan Pope dengan memegang telefon bimbit mereka atau lampu, mewujudkan apa yang penganjur tempatan Roberto Delgado digambarkan sebagai “dinding cahaya dan doa.”
Francis akan menghabiskan malam di Mexico di kediaman duta itu di ibu negara tetapi akan membuat satu siri lawatan ke bandar-bandar terpencil yang mempunyai kadar keganasan dan kemiskinan yang tinggi.
Francis juga akan pergi ke kedua-dua sempadan utara dan selatan Mexico selaras dengan komitmen beliau terhadap masalah pendatang tanpa izin dari penindasan dan masalah kemiskinan.
Ketibaan beliau di negara yang merupakan rumah kepada masyarakat Katolik kedua terbesar di dunia (selepas Brazil) berlaku sehari selepas rusuhan penjara meninggalkan 49 banduan mati di utara negara ini.
Beliau juga dijadual melawat tiga tempat terkenal dengan dadah kartel keganasan: Ecatepec di Mexico, Morelia di Michoacan, dan Ciudad Juarez di Chihuahua.
Di Ciudad Juarez, terletak di sempadan dengan Amerika Syarikat, beliau akan menyampaikan ceramah berhampiran dengan bandar Texas di El Paso.
Penterjemah : Mohd Khairil Alias
Sumber: Business Insider