Arab Saudi dan Rusia setuju beku pengeluaran minyak

04SAUDIJP-master675

DOHA 16 Feb. – Dua pengeluar minyak gergasi dunia, Arab Saudi dan Rusia mencapai kata sepakat membekukan pengeluaran minyak mentah selepas mengadakan perbincangan di Qatar.

Menteri Minyak Arab Saudi, Ali Al-Naimi berkata, dengan langkah pembekuan itu, tahap simpanan minyak mentah pada Januari adalah mencukupi dan negaranya masih perlu memenuhi permintaan pe­langgan.

“Selain itu, Qatar dan Venezuela juga bersetuju untuk membekukan pengeluaran mereka,” katanya selepas pertemuan dengan Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak, lapor Bloomberg hari ini.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, Arab Saudi mengeluarkan 10.2 juta tong setiap hari pada Januari berbanding 10.5 juta tong sehari pada waktu puncak Jun tahun lalu.

Rusia pula mengeluarkan hampir 10.9 juta tong minyak sehari dalam bulan yang sama.

Selepas pengumuman itu, mi­nyak menunjukkan pengukuhan dengan Brent meningkat 2.4 peratus lebih tinggi di London pada AS$34.20 (RM141.41) setong selepas meningkat 6.5 peratus dalam sesi dagangan sebelum itu.

Sementara itu, Ketua Perunding Minyak Petromatrix GmBh, Olivier Jakob menyifatkan pembekuan itu tidak akan menyebabkan perubahan serta-merta tetapi akan mewujudkan asas kepada pemulihan harga minyak pada separuh kedua.

Pada sidang akhbar berkenaan, Menteri Tenaga Qatar, Mohammad Saleh al-Sada berkata, pihaknya akan memantau perjanjian bagi pembekuan pengeluaran itu memandangkan harga minyak yang rendah memberi kesan yang negatif kepada dunia.

Sejak lebih setahun apabila Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bercadang tidak mahu mengurangkan pengeluaran bagi merangsang peningkatan harga minyak, ia mencatat 70 peratus lebih rendah mulai pertengahan 2014.

Bagaimanapun, menurut Goldman Sachs Group Inc., bekalan masih melebihi permintaan dan stok simpanan minyak global yang melimpah-ruah, sekali gus menyebabkan harga minyak boleh berada di bawah paras AS$20 (RM82.70) setong selagi perkara berkenaan belum selesai. – AGENSI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menyingkap hubungan rahsia Israel Iran dan Amerika Syarikat

Next Post

ESSCOM dan Peristiwa Lahad Datu

Related Posts
Skip to content