Penderaan Kanak-Kanak Bawah Umur oleh Pegawai Keamanan PBB

pbb

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) secara rasminya telah mengeluarkan sebuah laporan berkenaan penderaan seksual dan eksploitasi oleh para pegawai keamanan PBB.

Laporan tersebut yang sampai ke tangan pihak media minggu lalu, menyatakan bahawa pasukan keamanan PBB tersebut menawarkan ganjaran untuk melakukan hubungan seksual dengan wang tunai, barang kemas, minyak wangi, dan telefon bimbit.

Sebuah kajian oleh Office of Internal Oversight Services (OIOS) PBB membongkar aktiviti para pegawai misi keamanan di Haiti telah terlibat dengan ‘transaksi seksual’ dengan sekurang-kurangnya 229 wanita yang mengaku mereka perlu berbuat demikian bagi mendapatkan barangan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Seorang wanita yang telah dirogol di Haiti 10 tahun yang lalu memberitahu Al Jazeera, dia pernah melaporkan kejadian tersebut kepada PBB namun mereka hanya berdiam diri tentang isu tersebut.
Dia melihat kanak-kanak selalu berdiri di kawasan kem menunggu tentera-tentera yang berkawal untuk memberi mereka roti atau biskut setiap hari, menyebabkannya turut sama berdiri di sana. Salah seorang daripada tentera tersebut memanggilnya, dia pergi menyangkakan mereka mahu memberikannya makanan. Namun, apabila dia pergi, tentera tersebut menariknya ke dalam kawasan kawat berduri, menekup mulut, dan kemudian merogolnya.

Penderaan Kanak-kanak

Sebahagian besar pertuduhan diterima dari Republik Demokratik Congo, Liberia, Haiti dan Sudan Selatan. Laporan menyebut sebanyak 480 tuduhan penderaan dan eksploitasi seksual sepanjang tahun 2008 hingga 2013; satu pertiga daripadanya melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Buat pertama kalinya, PBB bakal menerbitkan ulasan utama berkenaan operasi para pegawai keamanan mereka Selasa ini. PBB setakat ini mempunyai lebih daripada 125,000 anggota tentera, polis dan orang awam yang ditempatkan di 16 pusat di seluruh dunia.

Sumber : AlJazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Senjata Biologi : Insiden ‘Tidak Sengaja’ Amerika Syarikat

Next Post

Australia Dikecam Kerana Menolak Pelarian Rohingya

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content