Senjata Biologi : Insiden ‘Tidak Sengaja’ Amerika Syarikat

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon (kiri) menyambut duta baru Korea Utara ke PBB, Ja Song Nam, di ibu pejabat PBB di New York, February 28, 2014. Foto : Reuters
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon (kiri) menyambut duta baru Korea Utara ke PBB, Ja Song Nam, di ibu pejabat PBB di New York, February 28, 2014. Foto : Reuters

Korea Utara menuduh Amerika Syarikat (AS) sengaja mensasarkan penyakit antraks ke negara itu dan memohon pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat rancangan jahat perang biologi (biological warfare schemes) Washington selepas mendapati sampel antraks hidup dihantar ke sebuah pangkalan AS di Korea Selatan.

Sampel antraks hidup tersebut, yang berpotensi digunakan sebagai alat senjata biologi, ‘secara tidak sengaja’ dihantar ke Australia, Kanada, Britain, Korea Selatan dan beberapa makmal di 19 buah negeri di Amerika Syarikat, maklum Pentagon.

“Amerika Syarikat bukan sahaja memiliki senjata pemusnah yang besar … bahkan mereka juga cuba untuk menggunakan senjata biologi dalam peperangan sebenar dengan Korea Utara,” Duta PBB Pyongyang, Ja Song Nam menulis dalam surat yang ditujukan kepada Majlis Keselamatan PBB dan Setiausaha Agung PBB – Jeneral Ban Ki-moon, yang dibuat secara umum pada Jumaat lepas.

AS tidak segera mengulas mengenai tuduhan tersebut. Pasukan penyiasat AS berusaha untuk memastikan sama ada penghantaran antraks hidup itu berpunca daripada masalah kawalan kualiti di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Utah yang bertanggungjawab menghantarnya.

Korea Utara “sangat berharap Majlis Keselamatan PBB menyiasat isu penghantaran kuman antraks tersebut dengan meneliti ‘biological warfare schemes’ Amerika Syarikat,” Ja menulis dalam surat tersebut yang bertarikh 4 Jun.

Beliau turut melampirkan kenyataan Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara, yang menyeru dunia untuk mempertimbangkan penghantaran kuman antraks sebagai ‘cabaran paling besar kepada keamanan dan jenayah mengerikan yang bertujuan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.’

Kini, PBB menyekat Korea Utara bagi menjalankan ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu. Selain sekatan senjata, Pyongyang juga diharamkan melakukan perdagangan teknologi nuklear dan peluru berpandu, serta tidak dibenarkan untuk mengimport barang-barang mewah.

Majlis Keselamatan PBB juga meletakkan isu hak asasi manusia di Korea Utara sebagai agenda perbincangan mereka pada Disember, selepas Suruhanjaya Siasatan PBB melaporkan berkenaan pencabulan hak asasi di Korea Utara yang menyamai kekejaman rejim Nazi.

 

Sumber : Straitstimes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jeb Bush lancar kempen presiden Amerika Syarikat 2016

Next Post

Penderaan Kanak-Kanak Bawah Umur oleh Pegawai Keamanan PBB

Related Posts
Skip to content