Perdana Menteri Baru Kanada Penyokong Kuat Israel di Perhimpunan Umum PBB

maxresdefault

trudharp-640x480

Kerajaan baru Kanada yang dinaungi Perdana Menteri Justin Trudeau telah membantah enam resolusi yang mengutuk tindakan Israel.  Resolusi yang dicadangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang juga merupakan kumpulan pemerhati Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) telah diluluskan oleh perhimpunan umum PBB.

Dalam sebuah kenyataan, kerajaan Trudeau menerima pujian atas tindakan beliau yang turut serta dengan Amerika Syarikat(AS) terhadap undian mereka dalam membantah resolusi tersebut “dan sentiasa meneruskan sokongan tanpa mengubah polisi Kanada yang tegas dalam membantah sebarang resolusi yang berulang, dan berat sebelah — dimana kesemuanya dirangka oleh Palestin kecuali dua draf yang datang dari Syria — yang dibentuk bagi mengharamkan tindakan Israel.”

“Setakat ini, undian daripada jawatankuasa tertinggi dan terakhir serta mutlak telah mengundi 19 daripada 20 resolusi tahunan anti-Israel. Rekod undian daripada Kanada tidak berubah berbanding tahun lepas. Ini membuktikan bahawa layanan yang diberikan kepada semua bangsa dan negara adalah sama rata dan bebas daripada sebarang prejudis,” berkata pemerhati PBB.

Perhimpunan umum PBB telah meluluskan keenam-enam resolusi di mana kesemuanya mengutuk tindakan Israel dan tidak ada satu pun yang menyebut tentang serangan dari Palestin yang menyebabkan kematian 22 tentera Israel dan kecedaraan beratus-ratus orang, meskipun resolusi tersebut ditentang oleh Kanada, AS, dan Australia.

Trudeau telah dilantik sebagai PM Oktober lalu dan menggantikan Stephen Harper yang juga merupakan penyokong kuat Israel.

Trudeau yang menunjukkan sokongan beliau dan partinya terhadap Israel baru-baru ini, turut mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berkata beliau dan kerajaan Kanada akan menyokong Israel. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa analisis yang menjangka bahawa Israel akan menghadapi saat yang kritikal dan sokongan terhadap rakyat Palestin akan meningkat atas kemenangan Trudeau.

Diterjemah oleh: Khadijah Hanim Zulhaimi

Sumber: IsraelNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PELANTAR MINYAK PETRONAS JADI KUBU PERTAHANAN

Next Post

Putin, Rusia sekutu atau seteru Israel?

Related Posts
Skip to content