Perang Palestin-Israel serta implikasi terhadap projek IMEC



Sumber Gambar: Anadolu Agency

  1. Pada 8 September 2023, sebulan sebelum serangan yang dilancarkan oleh Hamas terhadap Israel, telah termeterai satu perjanjian Koridor Ekonomi India-Timur Tengah dan Eropah (IMEC) di persidangan negara-negara G-20. Perjanjian ini melibatkan negara India, UAE, Arab Saudi, Perancis, Jerman, Itali, Kesatuan Eropah serta Amerika Syarikat. (Sumber: Whitehouse)
  2. IMEC dibahagikan kepada dua koridor utama, koridor Timur yang menghubungkan India ke negara Teluk Arab, dan negara Teluk Arab ke Eropah. Pelan ini akan merangkumi laluan kereta api, laluan pelabuhan, kabel dasar laut, dan laluan paip untuk eksport sumber tenaga melibatkan India, UAE, Arab Saudi, Jordan, Israel dan Eropah.
  3. Perjanjian ini dilaporkan telah dibincangkan secara rahsia oleh Israel dan Amerika Syarikat sejak Julai 2023 lagi  menurut pendedahan yang dilakukan oleh akhbar Israel The Jerusalem Post. Pelan ini didraf oleh Shira Greenberg, Ketua Ekonomi Kementerian Kewangan semasa pentadbiran Yair Lapid. (Sumber: Ynetnews).
  4. IMEC adalah projek di bawah PGII (Partnership for Global Infrastructure Investment) yang dilancarkan pada Jun 2022 oleh Amerika Syarikat melalui negara G-7 sebagai alternatif kepada projek BRI China.
  5. Projek ini memberi manfaat kepada Israel selaku hub kepada laluan darat yang menghubungkan Asia dan Eropah. Jarak perjalanan akan dipendekkan, perkongsian maklumat akan dipercepatkan, serta menjamin akses Israel terhadap sumber tenaga merangkumi laluan gas dan minyak.
  1. Projek ini berjaya dijalankan hasil daripada perjanjian Abraham (Abraham-Accord) yang dimeterai antara Israel dan UAE untuk mewujudkan laluan darat daripada Dubai ke Haifa. Projek ini akan dikembangkan di beberapa wilayah lain negara teluk seperti Bahrain dan Oman.
  2. Amerika Syarikat mempunyai kepentingan dalam projek ini, kerana projek ini mampu menyaingi projek Belt and Road China yang melibatkan Koridor Ekonomi China dan Pakistan. Selain itu, Amerika Syarikat juga ingin mengikat India supaya mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan negara-negara Barat. (Sumber: SCMP
  1. Turki membantah projek ini kerana laluan perdagangan tersebut akan menyaingi koridor tengah di bawah inisiatif BRI dan pembinaan jalan Iraq (Iraq development Road). Projek Iraq development Road yang dikenali sebagai “dry canal” ini akan bermula daripada Pelabuhan Grand Faw di Iraq sehingga wilayah Turki. (Sumber: Nikkei Asia).
  2. Penganalisis India berpendapat bahawa serangan Hamas terhadap Israel berjaya menangguhkan projek IMEC yang telah diusahakan oleh Amerika Syarikat, Israel dan India untuk menyekat pengaruh geopolitik dan ekonomi China melalui BRI. (Sumber: The Probe)
  3. China pula berpendapat, projek IMEC hanyalah sekadar retorik Amerika Syarikat untuk melemahkan pengaruh geopolitik China di Timur tengah. Perang Palestin-Israel menurut China telah melumpuhkan pembinaan projek ini daripada terus berjalan. Selain mendakwa bahawa projek ini masih diperingkat yang terlalu awal serta mempunyai potensi kegagalan yang tinggi (Sumber: Global Times China)
  4. Walau bagaimanapun, pelabur dan proksi Zionis India, Adani Group tetap meneruskan pembelian Pelabuhan Haifa dengan jumlah sebanyak 1.2bilion Usd. Sambil menyifatkan serangan Palestin-Israel, tidak akan memberi kesan terhadap potensi pelabuhan Haifa yang akan menjadi hub kepada koridor ekonomi yang menghubungkan Asia dan Eropah. (Sumber: Nikkei Asia)
  5. Projek ini wajar diberikan perhatian, kerana melibatkan persaingan dan permainan kuasa-kuasa besar terhadap wilayah Timur Tengah serta menjadi projek strategik kepada Israel untuk memastikan kemandrian sumber tenaga mereka terpelihara dan berkesinambungan serta tidak terputus jika disekat.

Oleh:
Asyraf Farique
Ketua Pegawai Operasi (COO)
IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kebergantungan Terhadap Sesuatu Entiti Melahirkan ‘Cult’ di Korea Selatan

Next Post

Pendapat: Kemanakah penduduk Gaza ingin dihalau keluar?

Related Posts
Skip to content