Projek perumahan mampu milik di Malaysia dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan pemaju swasta. Tender projek perumahan diberikan sama ada kepada syarikat pemaju swasta atau perbadanan kemajuan di bawah Kerajaan Negeri. Isu perumahan mampu milik ini timbul berikutan perkembangan pemberian tender projek, pembelian tanah dan kertas cadangan berkenaan projek perumahan mampu milik negara kepada syarikat taikun Cina dan pemaju swasta berstatus Bukan Bumiputera sepanjang bulan April sehingga Jun tahun ini. Terdapat tiga implikasi utama dalam isu ini iaitu 1) pemberian tender projek kepada pemaju Bumiputera dan bukan Bumiputera, 2) lokasi projek perumahan yang mula berkembang di kawasan luar Lembah Klang iaitu di sekitar Pahang, Kedah dan Perak serta 3) pembelian dan penjualan tanah Kerajaan Negeri dan tanah persendirian dalam kalangan syarikat Taikun Cina.
Reviews
There are no reviews yet.