Projek OBOR dan Kejatuhan Kerajaan Melaka

 

14222127_1438064429543960_7253483539832521241_n

1) Membaca laporan The Edge beberapa hari lepas tentang perjanjian yang baru termeterai dalam projek Malacca Gateway yang menelan belanja sebanyak RM 30 billion melibatkan kerajaan China di bawah projek One Belt One Road, sangat mengusarkan hati.

2) Bukan sedikit projek-projek ini telah berjaya termeterai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan sedikit jumlah hekar tanah yang telah dibeli. Melaka Gateway ini sahaja merangkumi kawasan seluas 1,366 ekar (522 hektar) di Selat Melaka. Belum lagi jika kita lihat apa yang berlaku di Johor.

3) Sepanjang tahun 2012 hingga 2014, syarikat hartanah terbesar China seperti Country Garden, R&F Properties dan Greenland Group membeli aset-aset tanah yang strategik, jika kita lihat perancangan yang bakal mereka bangunkan seperti Forest City, 3400 ekar menghubungkan Nusajaya di Johor dan Tuas di Singapura , Greenland Group pula ingin membangunkan bandar sebesar 3000 ekar di Pasir Gudang.

4) Projek-projek ini juga mengambil model Hong Kong dan juga Shenzen untuk dibangunkan. Hal ini menimbulkan keraguan dan tanda tanya. Adakah sekadar satu “perniagaan” sahaja mereka masuk dan melabur besar membeli hartanah kita? Tanpa ada sebarang niat lain?

5) Jika kita melihat kembali catatan sejarah, iaitu Hikayat Hang Tuah, pada bab 28, iaitu bab terakhir hikayat ini dikisahkan mengenai episod tentang kedatangan Portugis dengan penuh tipu helah datang ke Melaka. Mereka, orang Portugis sibuk pada ketika itu membeli tanah di Melaka, kononnya untuk membina gedung perniagaan. Sultan dan orang Melayu percaya bahawa mereka tiada niat yang jahat, hanya sekadar mahu berniaga. Tetapi, sebaliknya berlaku, mereka telah membawa masuk senjata dan meriam ke gedung itu. Ketika sudah siap segala persiapan mereka, maka mereka menyeranglah Melaka. Jatuhlah sudah Melaka ke tangan Portugis disebabkan oleh kenaifan orang Melayu dalam memahami percaturan dan strategi musuh.

6) Lebih 500 tahun peristiwa ini berlaku, dan sepanjang belahan sejarah, peristiwa ini masih terus berulang, berulang dan terus berulang. Tidakkah kita mahu mengambil pengajaran?

 

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

3 comments
  1. aq rse x mnjadi msalah nk beli tnah kat malaysia. Kalo tgk punca nye blek, mne kontraktor melayu yg nk bngunkan kwasan2 sekian? da company china npk kwasan tu strategik mmg la nk beli…..dyeorg fikir asset yg lumayan nk naikkan ekonomi. Mne org bumiputra nak naikkan kwsan sekian? mcm xde je bro….kalo ad pon buat keje or plan mesti xckup power nk beat kompani china..org zman skrg sume pikir duit bro…ad peluang nk lumayan …labur duit…Malaysia? hnya skdar melihat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Limpahan pendatang dari China, satu ancaman demografi?

Next Post

Usaha Men”China”kan Malaysia?

Related Posts

Tragedi Orkim Harmony: Kronologi dan Analisa Strategik Selat Melaka

11 Jun 2015 – Kapal tangki MT Orkim Harmony terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor. Tiada panggilan kecemasan yang diterima daripada kapal itu. 14 Jun 2015 – Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur.
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content