Puak Syiah Houthi Menyerbu Pejabat Pentadbiran Parti Ikhwanul Muslimin di Aden, Yaman.

houthi-rebels-gather-in-Faj-Attan-sanaa-to-protest-to-end-the-saudi-led-offensive

Puak pemberontak Syiah Houthi menyerbu ibu pejabat parti Al-Islah, sayap politik Ikhwan Muslimin (IM) di Yaman, di Kraytar, sebuah daerah sebelah selatan Aden.

“Puak Syiah Houthi telah menyerbu ibu pejabat parti pada hari ini (17 Mei),” kata Khaled Heidan, jurucakap media parti Al-Islah di Aden, lapor Agensi Anadolu.

Tambahan beliau, kumpulan bersenjata syiah Houthi telah menyerbu dan merompak barang-barang di ibu pejabat, apabila menyedari pegawai yang bertugas tiada di dalam premis pada waktu kejadian.

Keadaan Yaman bertambah teruk sejak September yang lalu, apabila puak Syiah Houthi cuba mengambil alih ibu negara Yaman, Sanaa, di mana mereka cuba meluaskan penguasaan mereka ke bahagian lain Yaman.

Pada 25 Mac, Arab Saudi dan sekutunya telah mula meningkatkan kempen ketenteraannya ke atas kedudukan puak Syiah Houthi di seluruh Yaman. Genjatan senjata yang dikuatkuasakan oleh Arab Saudi mula menampakkan kesan sejak Selasa yang lalu. Arab Saudi menyatakan, genjatan senjata 5 hari ini akan dipanjangkan lagi sekiranya puak Syiah Houthi mematuhi genjatan tersebut.

Sumber : MIDDLEEASTMONITOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PBB ambil berat krisis bot pelarian di Asia Tenggara

Next Post

Laungan Amaran Kesan Buruk Hukuman Mati di Mesir

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content