Pendakwa raya awam Mesir membawa ulama kelahiran Mesir dan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Yusof Qaradhawi yang selama ini menetap di Qatar, bersama beberapa pimpinan Ikhwan lain ke muka pengadilan atas tuduhan membunuh.
Dalam sebuah kenyataan, pendakwa raya tersebut berkata bahawa mereka yang tertuduh didakwa “ membunuh pegawai keselamatan dan mensasarkan institusi awam dan rakyat yang bekerjasama dengan agensi keselamatan”.
Mereka yang tertuduh dalam kes itu termasuklah empat orang pemimpin Biro Penasihat Ikhwanul Muslimin, badan tertinggi gerakan tersebut.
Walaupun kenyataan itu tidak menyebut jumlah sebenar ahli Ikhwan yang akan dihadapakn berhubung kes tersebut, tetapi agensi berita rasmi Mesir MENA melaporkan seramai 53 orang.
Sejak pertengahan tahun2013, apabila Mohamed Morsi dijatuhkan oleh pihak tentera, gerakan Islam tersebut telah menjadi sasaran tindakan keras pihak berkuasa Mesir di mana seramai beratus-ratus ahli telah terbunuh manakala puluhan ribu lain dipenjarakan.
Semasa gelombang penyingkiran Morsi, Ikhwanul Muslimin dilabel sebagai “organisasi pengganas” oleh kerajaan Mesir. Semenjak itu, kebanyakan pemimpin Ikhwan ditahan selepas dituduh dengan bukti yang samar terlibat dalam tindakan keganasan.
Pada tahun lepas, Presiden Abdul Fatah As-Sisi, bekas ketua tentera yang mengambil alih jawatan presiden pada pertengahan tahun 2014, meluluskan undang-undang yang membenarkan mereka yang tertuduh melakukan keganasan menentang institusi negara untuk dihadapakan ke mahkamah tentera.
Tindakan tersebut mencetuskan reaksi negatif oraganisasi hak asasi tempatan dan antarabangsa yang melahirkan kebimbangan bahawa pihak tertuduh tidak akan mendapat perbicaraan adil yang sewajarnya.
Ikhwanul Muslimin Menolak keganasan
Dalam satu video yang disiarkan di You Tube baru-baru ini, Ibrahim Munir, timbalan ketua Ikhwan mengulangi pendirian menolak keganasan oleh gerakan tersebut.
Beliau menambah, walaupun beliau menyeru untuk menentang pihak berkuasa tentera Mesir secara aman, itu “tidak bermakna hanya menetap di rumah”.
“Sebaliknya,” menurut Munir, “ ini bermaksud terlibat dalam protes terhadap rejim pemerintah,” yang mana tegas beliau, “ semakin cepat luput secara sosial, ekonomi dan populariti”.
Terjemahan oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin
Sumber: MiddleEastMonitor