“Kita semua pro-Israel” – Obama

 

"Kami semua pro-Israel" kata Barack Obama, Presiden AS.
“Kami semua pro-Israel” kata Barack Obama, Presiden AS.

 

Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengekspresikan sokongan penuh AS terhadap Israel, dan menekankan bahawa semua orang perlu tahu bahawa “Kami semua pro-Israel”.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Obama pada Jumaat lalu semasa berlangsungnya webcast yang dianjurkan oleh Jewish Federations of North America dan Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations.

Presiden AS itu juga berkata beliau komited dalam mengekalkan dan mempertahankan unit ketenteraan Israel di Timur Tengah.

Beliau turut membuat perbandingan antara Washington dan Tel Aviv seperti persengketaan antara ahli keluarga berikutan tidak persetujuan mereka ke atas senjata nuklear Iran.

“Seperti hidup berkeluarga, kadang kala perbalahan dan tiada persetujuan akan berlaku.” Obama berkata kepada ketua Amerika-Yahudi. “Dan manusia selalunya akan lebih marah jika berlaku ketidaksefahaman  antara ahli keluarga berbanding dengan orang luar.”

Iran dan kumpulan negara P5+1 iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China, dan Jerman telah mengumumkan kesimpulan rundingan bagi senjata nuklear yang telah diadakan di Vienna, Austria pada 14 Julai lalu.

Obama masih dalam usahanya bagi meneruskan perjanjian nuklear  semasa kongres masih didominasi oleh parti Republikan yang mana mereka akan melihat kembali perjanjian tersebut dan membuat undian pada bulan September.

Pelobi Israel di AS telah melancarkan kempen secara besar-besaran bagi menewaskan perjanjian bersejarah di Kongres.

Obama telah memanggil mereka yang membangkang perjanjian ini supaya menilai dari segi fakta.

“Saya ingin mencadangkan dalam perdebatan kita, semua orang perlu sentiasa ingat bahawa kita semua adalah pro-Israel dan memastikan supaya kita tidak membantah motif orang ramai.”

Obama turut menjangkakan bahawa polisi AS dan Israel terhadap Iran akan mencapai kata sepakat dalam kadar masa yang singkat.

Obama telah mengemukakan pertuduhan terbaru terhadap Iran dengan menyatakan negara tersebut bermusuh dengan Washington.

Semasa sidang media Khamis lalu, Richard A. Falk, profesor bagi jurusan undang-undang antarabangsa di Princeton University berkata bahawa pentadbiran Obama menyalurkan senjata kepada Israel sebagai ganti rugi terhadap perjanjian senjata nukleur di Iran.

 

Terjemahan oleh: Khadijah Hanim

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERSIH: Cubaan Menggulingkan Kerajaan Malaysia Melalui Rusuhan yang Dibiayai Amerika Syarikat

Next Post

Hamas Tolak Jemputan Tony Blair ke London

Related Posts
Skip to content