Reformasi Parlimen & Sistem Pilihan Raya: Pengukuhan Agenda Demokrasi Liberal di Malaysia

Landskap Edisi 3/2020

1. Pada 13 Januari 2020, Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) mengemukakan 49 syor reformasi pilihan raya kepada kerajaan.

2. Syor yang dikemukakan memberi tumpuan kepada 15 komponen merangkumi sistem pilihan raya, badan pengurusannya, pendaftaran pengundi dan parti politik, kawalan kempen, pembiayaan politik dan kebebasan media. Selain itu, proses pilihan raya, kod etika, pemerhati, penguatkuasaan undang-undang, kerajaan sementara, kerjasama awam dan institusi serta pendidikan sivik dan pengundi turut dikemukakan.

3. Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman, mengatakan lebih 30 syor dikemukakan itu boleh dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana hanya membabitkan pindaan kecil terhadap undang-undang pilihan raya dan Perlembagaan Persekutuan, manakala selebihnya memerlukan masa lebih panjang.

4. Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mempunyai kuasa tersirat dalam usaha untuk menekan usul tertentu supaya dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Usul yang dibawa oleh Jawatankuasa ini dikatakan sebagai “suara dan kehendak rakyat” walaupun umum mengetahui kumpulan aktor-aktor sivil yang melobi ahli parlimen terdiri dari aktor-aktor liberal yang ada dalam koalisi Bersih.

5. Selain itu, Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan mengesa kerajaan PH melaksanakan semua tuntutan reformasi institusi yang diutarakan (IRC) sebelum Jun 2020 atau kumpulan tersebut akan mengugut untuk mengadakan demonstrasi di jalanan.

6. Perancangan reformasi Parlimen dan Pilihan Raya memberi kesan strategik jangka masa panjang kepada sistem politik di Malaysia melibatkan komponen utama iaitu pemerintah, rakyat dan sistem pemilihan pemerintah. Namun sejauhmana ianya mengukuhkan agenda Demokrasi Liberal di Malaysia?. Ikuti laporan penuh landskap edisi 3 dibawah.

[membership level=”1″]

Muat Turun Landskap Edisi 3

[/membership] [membership level=”0,-1″]

Langgan hari ini untuk baca laporan penuh pada pautan di bawah

[/membership]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dasar dan Halatuju Pendidikan Tun Mahathir: “Menginggeriskan sistem Pendidikan Kebangsaan”

Next Post

Adakah keselamatan makanan (food security) kita terjamin?

Related Posts

Landskap Edisi 21

Landskap Edisi 218-15 Disember 2019 [membership level=”1″][/membership] ISI KANDUNGAN Disediakan Oleh:Unit Kajian SemasaIRIS Institute [membership level=”0,-1″] atau [/membership]
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content