Sarawak pertimbang perkenal semula pengajian Bible di sekolah rendah

Pengaruh Kristian di Sarawak dijangka semakin kukuh susulan cadangan untuk memperkenalkan semula pengajian Bible di peringkat sekolah rendah dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan negeri.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk perbincangan lanjut. – Malay Mail

Cadangan itu tercetus hasil gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 4 November lalu. Beliau menyifatkan pengajian Bible sebagai aspek asas sejarah pendidikan negeri, yang berteraskan nilai toleransi dan rasa hormat. – Borneo Post

“Gerakan Kristian pada peringkat awal memperkenalkan program pendidikan, dengan pengajian Bible menjadi sebahagian penting dalam kurikulum yang terbuka kepada pelajar pelbagai latar belakang,” katanya. – Borneo Post

John Ilus turut menekankan peranan besar mubaligh Kristian daripada aliran Roman Katolik, Anglikan, dan Methodist dalam membentuk sistem pendidikan Sarawak ketika era Brooke. – Borneo Post

Sokongan turut disuarakan oleh Persatuan Kristian Evangelikal Sarawak. Pengerusinya, Pastor Gremang Ujang, berkata pihaknya menyokong penuh cadangan itu.

“Kami menyeru kerajaan negeri untuk mengambil langkah segera memperkenalkan semula pengajian Bible sebagai mata pelajaran rasmi di sekolah-sekolah Sarawak,” katanya. – The Vibes

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syarikat China beli tanah 23.96 hektar di Gebeng, perkukuh pengaruh China dalam sektor perindustrian di Pahang

Next Post

Kebergantungan Dana Kepada Negara Maju Jejas Perlaksanaan RUU Perubahan Iklim Negara

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content