Serangan Pelampau Yahudi: Bayi Dibakar Hingga Mati di Tebing Barat

Gambar Ali, bayi berusia satu tahun yang mati dibakar (sumber: Middle East Monitor)
Gambar Ali, bayi berusia satu tahun yang mati dibakar (sumber: Middle East Monitor)

Seorang bayi lelaki dibunuh ketika waktu subuh Jumaat semalam selepas menderita akibat dibakar teruk berikutan serangan puak pelampau Yahudi di sebuah kampung berdekatan utara bandar Nablus, Tebing Barat.

“Ali Saeed Dawabsheh, 1 tahun dibakar hingga mati selepas perampas Yahudi menyerang sebuah rumah di kampung Duma di selatan Bandar Nablus, Tebing Barat,” kata Abed al-Rahim Susia, pengarah Hospital Pusat Rafedia. “Tiga ahli keluarganya yang lain [ibu bapa dan abangnya] menderita kebakaran pada tahap kedua dan ketiga.”

Ghassan Daghlas, pegawai penguatkuasa Palestin yang mengetuai siasatan ke atas kes serangan itu berkata bahawa serangan tersebut dilakukan oleh puak perampas Yahudi yang bergerak dalam kumpulan pengganas yang diberi nama “Price Tag”.

“Puak perampas tersebut telah menyerang dua buah rumah di kampung itu dan meraikannya dengan koktel Molotov serta menulis slogan rasis dalam bahasa Hebrew sebelum lari dari tempat kejadian.”

Sementara itu, pentadbiran Palestin menuntut kerajaan Israel supaya bertanggungjawab dengan apa yang terjadi.

“Jenayah ini tidak akan terjadi sekiranya kerajaan Israel tetap degil dengan usaha perampasan tanah yang dilakukan dan melindungi puak perampas  di Tebing Barat.” tegas Nabil Abu Rudeineh, Jurucakap Pentadbiran Palestin.

 

Terjemahan: Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

New Development Bank oleh BRICS Bakal Menyaingi World Bank

Next Post

Malaysia Sahkan Serpihan Sayap di Laut Hindi Milik Boeing 777

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content